Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, October 11, 2015

Tumis Air Petola Dengan Udang

Assalamualaikum w.b.t..'Astaghfirullah robbal baraya, Astaghfirullah minal khotoya'..sekali sekala bru muncul menu sayur ni, memang jarang masak sayur..xde sayur yg advancer mcm pucuk paku ke, asik duk pusing bayam atau sawi klu yg jenis berdaun tu..petola ni biasanya beli utk celur je, ni pun yg lebih celur..kekadang tu teringin jgk nk mkn sayur celur cicah budu, layan tekak org kata kan..kebetulan dtg baru ni seludup tempoyak sebotol, Alhamdulillah lepas msa kat KLIA..tpi maz frozen dulu la, tak nk bagi berbau..Inysaa Allah jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada..

Tumis Air Petola Dengan Udang by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2 biji petola 
  • 1 mangkuk kecil udang kecil - buang kepala & ekor
  • 3 ulas bawang merah - tumbuk lumat
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk lumat
  • 1/2 labu bawang besar - hiris nipis
  • 1 biji cili hijau - potong serong
  • 1/2 biji tomato - belah 3
  • sedikit su'un
  • sedikit serbuk pati ayam @ garam
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk biar sedikit layu kemudian masukkan udang dan petola, kacau balik biar udang separuh masak,
2. Masukkan air secukupnya, bawang besar dan cili, masak hingga mendidih dan petola sedikit layu.
3. Masukkan su'un, masak sekejap biar su'un lembut, perasa secukup rasa dengan serbuk pati atau garam, akhir sekali masukkan tomato, padamkan api.
4. Boleh la dihidang bersama nasi putih.

menu utk suami yg xnk mkn nasi, pastu campur su'un skit..skli skala sayur gini memang layan jgk mkn nasi puith deh, ada plak ikan masin, jadi la kan..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...