Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, October 28, 2015

Ayam Masak Merah Aroma

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma ajirni minan nar' (Ya Allah pelihara aku dari api neraka), sama2 kita amal baca 7x selepas solat subuh dan maghrib, sebaik saja bagi salam, sunnah Rasulullah saw..lauk ayam ni xde beza sangat dgn ayam masak merah yg dh pernah updated sblum ni, cuma yg ni ada aroma rempah sikit, masa masak tu wangi semerbak baunya..sedapp! klu buat mkn dgn nasi tomato pun bleh, nasi putih pun sedap jgk..klu blum ada idea utk masak ayam, nti bleh la cuba..nak buat pun mudah je dan bahan pun ringkas sangat, biasanya semua ada kat dpur..Inysaa Allah jumpa lagi dan harap setiap yg tidak sempurna dpt dimaafkan..

AYAM MASAK MERAH AROMA by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 600gram ayam - potong saiz sederhana dan lumur dengan sedikit garam kunyit
  • 1/2 labu bawang besar , kalau kecik guna 1*
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1 batang serai *
  • 4 sudu besar cili kisar - rebus cili kering, kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar pes tomato/tomato puri
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 labu bawang besar - hiris nipis
  • 1 biji cili merah dan cili hijau - potong serong
  • rempah 4 sekawan ( 1 kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 3 kuntum bunga cengkih, 3 biji buah pelaga)
  • garam @ serbuk pati dan gula secukup rasa
  • minyak masak secukupnya
Cara

1. Kisar lumat semua bahan bertanda * dengan pengisar kering.
2. Goreng ayam seperti biasa sekadar bagi masak je, bukan garing ye, angkat dan ketepikan.
3. Dengan kuali lain panaskan minyak untuk menumis, tumis rempah 4 sekawan sekejap biar wangi, kemudian masukkan bahan kisar dan tumis biar layu sikit, tapi bukan perang.
4. Masukkan cili kisar, kacau sebati dan tumis lagi kemudian masukkan pes tomato dan kacau sebati.
5. Masukkan sos cili, sos tiram, bawang hiris dan air secukupnya (air tu biar padan dengan bahan kuah, jangan banyak sangat).
6. Masukkan garam dan gula, masukkan ayam tadi dan masak biar mendidih.
7. Masukkan cili potong, perasa secukup rasa dan masak seketika dengan api perlahan agar ayam mesra dengan kuah.
8. Padamkan api, bila nak hidang tabur sedikit daun ketumbar dan bawang goreng.

ada skit rsa mcm masakkan mamak sbb msuk rempah 4 sekawan..kat rumah ni klu lauk ala bersambal gini anak dgn suami memang sukaa sangat..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...