Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, October 4, 2015

Udang Masak Sambal

Assalamualaikum w.b.t..'Astaghfirullah robbal baraya, Astaghfirullah minal khotoya'..mlm ni rsa mcm xde idea la plak nk menulis, menu yg bleh kata slalu jgk duk buat..klu xbuat sambal gini, buat tomyam atau gulai kuning..tu je la pesen masakannya..klu lauk2 ni gaya mkn umat kat rumah ni xadvancer sangat, ni pun gmbar yg dh berzaman, Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada..

Udang Masak Sambal by http://ilhamdapur.blogspot.com/
Bahan-bahan
  • 12 ekor udang saiz besar 
  • 1/2 labu bawang besar - tumbuk lumat
  • 1 ulas bawang puith - tumbuk lumat
  • 1/3 cawan cili kisar - rebus cili kering, kisar
  • 1 labu bawang besar - hiris nipis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 asam keping
  • sedikit nisan/gula melaka
  • garam gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis secukupnya
Cara

1. Panaskan minyak secukupnya, masukkan bahan tumbuk dan tumis biar wangi.
2. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak dengan api sederhana, tambah 2-3 sudu besar air dan tumis lagi. Ulang tambah air ni 2-3x biar cili masak, kemudian masukkan bawang hiris.
3. Masukkan asam keping, nisan dan sedikit air lagi, masak sambil dikacau sekali sekala hingga mendidih.
4. Masukkan sos cili, sos tiram, sedikit garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan udang, sebatikan dan masak dalam 8-10 minit agar udang masak.

skrang ni musim udang..memang tengah meriah la udang kat pasar, pergi pasar kelmarin nk cari ikan nk buat kuah laksa pon susah..xde pilihan, semua org duk jual udg..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...