Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, October 23, 2015

Nasi Ayam Penyek

Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa'nik mal wakil' (cukuplah Allah penolong bagi kami)..bertemu skli lagi diawal pgi jumaat yg barakah, skrang ni subuh pkul 4.10..menghala ke hujung tahun gini subuh makin lewat sikit..klu time bln puasa hairtu pkul 3.10 dh msuk waktu..apa kbar semua, semoga dilapangkan kehidupan kita hri ini..Inysaa Allah..umat kat rumah ni suka jgk nasi ayam penyek ni, wpun sejenis lauk je, tapi sedapp! lebih kurang mcm hidangan nasi ayam atau nasi arab jgk deh, yg penting cepat dimasak sedap dimkn..selamat berhujung minggu, Inysaa Allah jumpa lgi dan mohon maaf atas segala kekurangan..

ayam kat sni kecik molek je, memang sedapp meratah..minggu lepas maz beli 1 kotak ada 5 ekor, semuanya saiz 600g je..1 kotak ada yg 4 ekor, 5, 6 dan 1 dozen, harga ikut saiz ayam berapa gram..

NASI AYAM PENYEK by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg ayam - potong 4
  • 1 inci halia *
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 biji buah keras *
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/4 sudu kecil serbuk jintan manis (fennel)
  • 3 sudu besar santan - option
  • 2 helai daun bay
  • sedikit garam
Bahan B
  • 1/3 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar allpurpose flour/tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1/4 sudu kecil baking powder
Cara

1. Cuci ayam dan toskan.
2. Tumbuk lumat semua bahan bertanda *, kemudian sebatikan dengan 2 jenis rempah dan sedikit garam, ketepikan sikit secubit dan yang lain lumur pada ayam seluruhnya termasuk dicelah kulit.
3. Didihkan 3 cawan air bersama daun bay dan sedikit garam, masukkan ayam dan rebus hingga ayam masak.
4. Keluarkan ayam, simpan air rebusan untuk buat sup.
5. Sebatikan bahan B dan bahan tumbuk yang disimpan tadi, bancuhan ni jangan pekat sangat, biar cair sikit gitu, kalau cair sangat tambah tepung sikit lagi atau sebaliknya.
6. Panaskan minyak untuk mengoreng secukupnya, celup ayam dalam bancuhan tepung tadi kemudian goreng hingga perang dikedua bahagian, goreng sampai habis,
7. Untuk buat bumbu, celup hujung jari dan renjis-renjis dalam minyak, (jangan celup jari dalam minyak panas ye) biar masak hingga garing, kemudian toskan.
8. Tekan ayam dengan pisau, potong dan taburkan bumbu atasnya, sedia untuk dihidang bersama nasi putih, kobis, terung celur, timun dan sambal serta sup air rebusan ayam tadi, panaskan balik air rebusan dan perasa secukup rasa, tabur sedikit bawang goreng dan daun sup/bawang.

sambal ijau tu mkn dgn nasi ni la, walaaa sedapp..pastu saja celur sayur bnyk2 sbb maz dgn suami suka mkn sayur, cuma anak2 la amik nasi dgn ayam je..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...