Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, October 11, 2015

Somtam @ Kerabu Betik Muda

Assalamualaikum w.b.t.'La ḥawla wa laquwwata illa billah'..apa kbar semua, pagi ni bru brkesempatan nk update blog ni, dari pagi khamis lagi sibuk skit, jdi co-pilot suami..pastu tengharinya menyinggah mall, suami blik kerja belah ptgnya pun kluar plak..klu dah keluar rumah memang xdan nk layan dapur maya ni..pastu sambung dgn aktvti wken plak, pagi ni baru ada kelapangan..somtam lagi la! memang kerap sungguh duk buat kerabu betik muda ni..masa blik msia baru ni bawa 1 paket gula somtam atau 'nise' putih thai tu, dh tinggal spruh..pabret la, pantang npak betik mengkal, mesti nk beli..suami dgn anak pun sukaa mkn..nk buat pun mudah sangat..bleh hilang sakit kelapa tu dgn rasa masam manisnya..selamat berhujung minggu Inysaa Allah semoga bersama lgi dan mohon maaf atas segala khilaf..

Somtam @ Salad Betik Muda by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk betik muda separuh masak/mengkal yang disagat panjang
  • 1 biji limau nipis
  • 1 biji tomato - hiris nipis
  • 2 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar nisan putih thai @ secukupnya (nisan somtam, gambar ada kat sini) @ gula pun boleh
  • kicap ikan secukup rasa (fish sauce) & sedikit saji jika suka
  • sedikit kacang tanah yang digoreng
  • sedikit udang kering thai (warna oren tu atau boleg guna udang geragau)
  • sedikit kangkung @ kacang panjang
Cara

1. Dalam lesung masukkan nisan somtam, gesek-gesek biar hancur/lembut, kemudian masukkan cili padi dan bawang putih, tumbuk sikit sekadar nak pecahkan bawang dan cili.
2. Masukkan tomato, gesek biar sebati, masukkan kicap ikan dan jus limau, sebatikan dan rasa apa yang kurang, biar ada rasa manis, sedikit masin yang seimbang dan rasa masam.
3. Dalam mangkuk satukan betik, udang kering, kacang tanah dan sos tadi, gaul sebati.
4. Sedia untuk dihidang bersama kangkung atau kacang panjang.

maz suka mkn dgn salad banyk gitu..rega utk somtam yg ada jual kat Pad Thai tu sepinggan 2.5 dinar @ rm28, terasa la mahalnya..ye la kat msia paling mahal pun rm5-6 je..pastu bahan pun xckup syarat, rasa masam je..tu yg asik duk buat sdrik..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...