Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, May 1, 2010

Roti John

Assalamualaikum...pepgi dah kluar rti john plak ye..menu ptg anak2...mudah je nak sdiakan..ringkas tapi kenyangggg ni!! memang dah lama plan nk buat rti john ni...sbb smjak blik msia ada la 3-4x duk beli kat psar mlm...tpi paham2 la kan klu yg beli tu!! rasa mcm tak lengkap je..tpi tu la plan pnye plan..ni la bru trbuat...kat myresipi pun ada bnyak rspi roti john ni..ada yg letak sardin dan sbgainya..bleh plih nk buat cara mana..kita buat stail sdri yg rngkas je...mcm nk buat inti kripap atau murtbak gtu la lebih kurangnya..janji ada rsa n rupe!! npe namanya rti johnnnn??? xde rupe john pun!!! hehe...kita letak la jgk rspi kita yg sempoi ni utk rjukan dimasa akan dtg...slmat brhjung mgu dan Selamat Hari Pekerja buat semua...

buat sdri ni memang sdppp..puah ati...wak utk srpan pun bleh...kita srpan nga rti nama omptih ni la pgi ni...hihi...sbb intinya dan bun pun ada lebih lgi...cma pecahkan tlur je..

Sumber Resipi : Ilham Dapur
Bahan-bahan (3 - 4 biji)

  • 1/2 cawan daging kisar - nak letak lebih pun boleh
  • 3 sudu besar minyak masak - kita guna minyak sayur
  • 1/2 labu bawang besar dan 1 ulas bwang putih - dicincang kecik-kecik
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • segengam daun sup yang dihiris kecik-kecik
  • 3 helai daun kari
  • 1/2 biji ubi kentang (saiz kecik) - dicincang kecik-kecik
  • sedikit garam dan gula
  • sedikit air
  • 3-4 biji telur
  • bun hot dog secukupnya - belah tengah
  • mayonis, sos cili dan mustard secukupnya
  • sedikit butter - untuk disapu pada roti dan pan

Cara-cara

1. Panaskan minyak, masukkan bawang putih dan bawang besar, masak sampai layu. Masukkan daun kari dan serbuk kari, masak sampi pecah minyak. Kemudian masukkan daging dan kacau sebati dan boleh lah ditambah sedikit air (2-3 sudu besar).

2. Masukkan ubi kentang, kacau sekata. Perasakan dengan garam dan gula (ikut citarasa). Masukkan daun sup dan biar daging dan ubi kentang tadi masak/empuk (kalau terlalu kering, boleh la ditambah dengan sedikit air lagi ). Masak sampai ianya sedikit kering. Ketepikan..

3. Sapu sedikit butter pada roti yang telah dibelah tadi. Panaskan non-stick pan dan bakar dulu sekejap roti yang telah disapu dengan butter sehingga keperangan. Angkat dan buat sampai habis.

4. Masukkan telur dalam mangkuk, pukul sedikit. Kemudian masukkan inti daging tadi dan kacau sekata. Dengan menggunakan kuali yang sama (bakar roti tadi), sapu sedikit butter/minyak dan tuang 1 senduk besar campuran telur tadi atas pan, buat bentuk bujur @ bulat. letakkan roti tadi diatasnya dan masak sekitar 2 min dengan api yang perlahan. Angkat dan lipat masuk kedalam lebihan telur tadi.

5. Picit sos cili, mayonis dan mustard. Boleh juga diletak kobis yang dihiris nipis. Siap...

1 comment:

  1. Salaam Maz...

    Pssttt... lenkali bagi lebih sket. Ma dapat rasa separuh je. 1 1/2 lagi tu, Syahmi makan dalam kereta, belum sempat sampai rumah pun. Itupun ma suruh dia tinggalkan anggaran 2 bites, sebab ma nak rasa! Hehehe... Sedapppp...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...