Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, September 9, 2014

Aloha Chicken Pizza

Assalamualaikum w.b.t...pizza antara yg memang kerap sngat kat rumah ni...boleh kata tiap2 minggu buat...sbb senang sngat deh...uli mudah2 je pastu letak je apa yg ada...skli buat sbjik gedebak ni je...tu yg srnok menguli...xrsa penat...1 cwn tpung je...stok cheese memang biasanya xputus dlm peti...klu xutk pizza utk nachos atau pasta...sbbnya mlm xde nasi...jdi duk masak yg mudah2 gini je la utk mlmnya...tu pun ada 2 lgi pic pizza duk menunggu dlm folder tu...yg versi nipis hritu ada kat sini...tghri ni plannya nk main tepung buat mee...ok semoga jumpa lagi...Insyaa Allah dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Aloha Chicken Pizza by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung pizza
  • 120ml air suam
  • 1 sudu kecil yis kering
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 keping dada ayam - lumur sedikit garam, gula & grill atas kuali tanpa minyak sekejap
  • sedikit bawang besar & crab stick
  • sos pizza sesukupnya

Cara
  
1. Dalam mangkuk yang sesuai satukan air, yis dan gula dan biar seketika. Kemudian masukkan olive oil.
 
2. Masukkan tepung dan garam, kacau guna garfu buat bulatan jam hingga doh melekat kat garfu.
 
3. Uli dengan tangan sambil tambah tepung sikit-sikit ditangan jika perlu dan uli hingga jadi doh yang masih lembut.
 
4. Sapu sikit minyak zaitun pada doh dan mangkuk, kemudian tutup mangkuk dengan plastik/tuala bersih dan rehatkan doh biar naik sekali ganda (utk proses naikkan doh, maz buh dlm microwave je 15 min doh dah boleh guna. Caranya on suis je dan buka pintu mv skit...nti lambu mv akan menyala dan haba panas dari lampu akan kembangkan doh...bkn on microwave ye @ ikut microwave masing-masing.
 
5. Bila dah naik, keluarkan dan tumbuk sikit doh. Canai nipis dan letak atas dulang/loyang pizza yang telah disapu dengan sedikit minyak zaitun.
 
6. Sapu sos pizza seluruh doh, taburkan mozzarella cheese menutupi sos tadi dan susun bahan atasnya secukupnya.
 
7. Akhir sekali tabur sedikit oregano dan minyak zaitun. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 170 C  diselama 12-15 minit atau sehingga masak @ bergantung pada oven masing-masing.
 
Nota : Untuk sos pizza maz guna tomato paste je (kat sini tomato pes pekat sangat2, tak masam dan ada sedikit rasa manis, memang sedap. Sesuai untuk sos pizza dan pasta. Cuma tambah sedikit garam, gula, dry oregano, bawang putih dan sikit olive oil. Kemudian sebatikan je.

wpun slalu buat tpi xslalu snap picnya...bkn apa smua dh menunggu nk mkn...kang sejuk plak duk posing bagai...nma tu amik nma pizza domino yg anak2 suka sngat...tkpe la deh...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...