Assalamualaikum w.b.t...syukur Alhamdulillah atas segala rahmat an nikmatNya...bertemu lgi dipagi dipagi jumaat yg barakah...hri ni bnyk jgk aktvti...skjap lgi nk kluar cri barang sekolah anak...isnin ni sesi persekolah baru akan bermula...sibuk blik dah la...xleh nk relak sngat doh...pulut panggang ni buat minggu lepas jgk...dah 4-5x buat slepas kejadian hri tu...ada kat sini...semua suka...hnya adik afiq je yg msih xreti nk mkn kuih2 ni...rspi sma je mcm yg buat hri tu...ok la nk kena undur diri dlu...semoga jumpa lagi...Insyaa Allah dan mohon maaf atas segala kekurangan...
- 1 1/4 cawan beras pulut - rendam 10 minit
- 1/3 cawan santan + sedikit garam
- 1 helai daun pandan
- daun pisang yang dilayu secukupnya
Cara
1. Sediakan pengukus dengan air mendidih.
2. Ratakan pulut dalam pengukus dan masukkan daun pandan. Kukus selama 10-15 minit sambil dibalik sekali sekala.
3. Keluarkan pulut kukus tadi, masukkan dalam bekas dan gaul dengan santan (masa ni pulut akan nampak basah dan lembik sikit, takpe sebab nak kukus lagi sekali).
4. Kemudian masukkan semula pulut tadi dalam pengukus dan kukus lagi selama 8-10 minit.
5. Bila pulut dan masak, ratakan segengam pulut atas daun pisang, letakan inti secukupnya dan bungkus biar kemas, kelip hujung dengan stapler. Buat sampai habis.
6. Bakar sekejap sambil dibalik-balik atas dapur gas dengan api kecil atau pemanggang yang sesuai - maz bakar atas stove eletrik.
Inti
- 2 cawan kelapa parut
- 3-4 ulas bawang merah*
- 2-3 batang serai - hiris nipis*
- 1 senduk kecil cili kisar
- 1 cawan udang geragau
- 2 sudu besar minyak masak
- 2 ekor ikan rebus - buang tulang dan hancurkan sikit isinya
- gula dan garam secukup rasa
Cara
1. Kisar semua bahan yang bertanda * bersama sedikit air sehingga lumat.
2. Dalam kuali masukkan bahan kisar, bahan-bahan lain serta sedikit air lagi, kecuali ikan rebus dan perasa. Kacau sebati dan masak dengan api perlahan seketika.
3. Kemudian masukkan isi ikan, bahan perasa dan kacau balik sekali sekala. Masak sehingga kering. Siap dan sejukkan dulu.
maz memang buat skit je...rspi tu dpt la 10-11 bijik...ckup la mkn anak beranak...daun pisang terhad...tu pun gna yg frozen...tpi lgi senang yg frozen ni...xpyah nk layu dah...memang puas hati... sedapp yg buat sdrik ni deh...pulut maz kukus...bkn tanak...ptg smlm pun buat lgi pulut pnggang ni..
Assalam
ReplyDeleteSedapnya, mkn ptg bersama teh o panas
suka jg mkn pulut panggang ni
Tp lum penah try buat sendiri
Wsalam...snguh2 btul sngat tu...hehee...nti bleh la try sara...kat msia daun pisang snang dpt...
ReplyDelete