Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, September 23, 2014

Creamy Chocolate Sensation

Assalamualaikum w.b.t...kek yg ckup melekat dihati kami anak beranak...amat memenuhi citarasa dan setakat ni no 1 dalam carta kek yg pernah buat...selebihnya biar gambar lah yg brcerita...dkat stngah thun peram kek ni...bkn apa xnak update yg sama je kan...ni yg buat sekli dgn kek memula update dulu...ada kat sini...sebab sedapp sngat dan semua suka...maz buat 3x berturut dlm minggu yg sama...ni yg buat second time...yg buat kli ke 3 xsnap dh la...npaknya nk kena cri buah dlu...nk buat plak la...klu abangngah tgk ni sure tnya ada ke dak kek ni dlm peti tu...pagi ni main tepung buat tortilla bread lagi...snak ptg nti...tghri ni xsure lgi nk mask apa tu...ada stok ayam dgn udang dlm peti tu...semoga jumpa lgi...Insyaa Allah dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Creamy Chocolate Sensation by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-Bahan

Kek Coklat
  • 90g gula pasir halus
  • 40g serbuk koko
  • 120ml susu cair
  • 120ml mentega cair - maz guna unsalted butter
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 80g allpurpose flour
  • 1 biji telur gred A
  • 1/3 cawan coklat chip - gaul dengan 1/2 sudu besar tepung (pls don’t skip this ingredient)
  • 1/2 sudu kecil soda baikarbonat
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil essen vanilla
  • 1/2 sudu kecil garam - jika guna mentega biasa (bergaram) tak perlu
Cara
1. Panaskan oven suhu 150C dan sediakan air panas mendidih serta satu loyang besar untuk steambath.
2. Dalam mangkuk yang sesuai satukan mentega cair , gula halus, susu cair, serbuk koko dan susu pekat. Kacau sebati dengan wishk atau senduk kayu.
3. Dalam mangkuk kecil pukul sekejap telur dengan wishk atau garfu.
4. Masukkan telur dan vanilla dalam campuran koko dan kacau sebati.
5. Satukan tepung, garam, soda bikarbonat dan baking powder.
6. Ayak campuran tepung tadi dalam bancuhan koko dan kacau sebati. Masukkan coklat chip dan kacau balik.
6. Tuang dalam bekas kaca yang tahan panas (bekas tu biar tinggi sikit, nati kek naik dan nak letak lapisan cream lagi) dan tutup dengan aluminium foil. Bakar cara waterbath/steambath (bekas kek dalam loyang air panas) selama 1 jam 20 minit atau bergantung pada jenis oven masing-masing (cucuk kek dengan lidi, kalau kek tak lekat kat lidi, kek masak).
7. Bila kek dah masak, keluarkan dari oven dan terus tuang toping coklat tadi atas kek sepenuhnya. Biarkan sekejap dalam 10 minit agar kek sejuk sikit.
8. Lepas tu boleh la dituang lapisan cheese tadi perlahan-lahan. Tutup kek dengan aluminium foil/plastik dan simpan dalam peti dulu selama 2-3 jam. Kemudian boleh la dihias dengan sedikit coklat masakan yang disagat dan sedikit buah strawberi atau rasberi/kiwi/manga/. Selamat mencuba...
Nota : Sebelum putar whip cream tu, maz masukkan dulu 15-20 minit mangkuk dan mata mixer dalam freezer agar whip cream senang nak putar, sebab kalau tak cukup sejuk susah nak kental, takut nanti cream akan rosak jika terlebih putar.
2. Insyaa Allah jika betul cara buat akan hasilkan kek yang amat moist. Jadi kena arif dengan perangai oven masing-masing. Kalau oven tu jenis panas, kena kurangkan suhunya dan tahu masa yang sesuai. Loyang untuk air panas juga akan mempengaruhi kek yang dihasilkan. Kalau loyang air panas tu kecil, maknanya air panas sikit, jadi kek tak dapat melalui proses steambath dengan sempurna. Pastikan air tenggelam separuh bekas kek - (maz cadangkan buat malam dan simpan dalam peti dulu, esok baru makan, lebih sensasi lagi rasanya).

teksture keknya yg ckup moist...ditambah plak dgn coklat chip menyerlahkan lgi keenakkan rasanya...dilapis coklat toping dan creamy cream cheese pasti xckup dgn 1 ptong...rasanya ckup menawan...

Lapisan Cheese
Bahan-bahan
  • 100ml whipping cream UHT/Dairy
  • 1/2 sudu kecil lemon jus
  • 100g cream cheese
  • 2 sudu besar susu segar
  • 1/4 cawan gula halus
  • secubit garam
Cara
1. Putar whip cream dengan lemon jus biar kembang sikit/ringan. Ketepikan
2. Satukan cream cheese, gula, garam, susu segar dan putar sebati (dalam 1 minit).
3. Masukkan no 1 dalam no 2 dan kaup balik sebati. Simpan dalam peti dulu sementara tunggu kek masak (bancuhan ni teksturnya ringan macam ais krim yang nak cair sikit gitu).

Toping Coklat
Bahan-bahan
  • 85g coklat masakan - patahkan
  • 1/2 sudu besar mentega - maz guna unsalted butter
  • 60ml whipping cream 

Cara : Dalam bekas sesuai yang kering dan bersih, suamkan whip cream sekejap secara double boiler dengan api perlahan. Kemudian masukkan coklat masakan dan kacau selalu. Masukkan mentega, sebatikan dan coklat cair sepenuhnya. Angkat dan ketepikan.

P/s update : klu nak lapisan creamy tu pekat kurangkan sikit whipping creamnya.

maz memang suka mkn dgn buahan klu dessert mcm ni...bleh aje klu xnak letak buah...npak je mcm bnyk step...tpi xde la susah mna...

2 comments:

  1. Assalamualaikum Maz...

    Dah banyak kali Maz bakar semangat suruh mama buat kek ni. Tapi Ya Allah, punyalah malasnya. Entah manalah kerajinan ku meyorok Maz oi.

    ReplyDelete
  2. Aduh sedapnye kek ni, nak cube buat lah...

    Tengok juge resep yang satu ni Resep Mi Sagu Kering nah tau belum makanan tu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...