Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, September 1, 2014

Shrimp Nigiri Sushi

Assalamualaikum w.b.t...apa kbar semua...bertemu sekali lagi...cuaca pun best je kat luar tu...musim panas pun dah nk mkin sampai penghjungnya...Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah atas segala rahmat dan nikmatNya...kat rumah ni semua minat sushi...kli ni guna udang sekor2 plak...apa lgi tukang masak pun laju la mkn...klu raw salmon tu xleh nk masuk la plak tekak ni...cuma abangngah dengan babanya je yg bleh terima salmon mentah gituw...yg buat sebelum ni ada kat  sini...Insyaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Shrimp Nigiri Sushi by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan beras sushi @ beras wangi - maz guna beras wangi
  • 15 ekor udang segar saiz sederhana besar
  • 1/2 sudu besar cuka epal/cider apple bancuh dengan 1/2 sudu kecil gula
  • seaweed sheets secukupnya/kulit sushi
  • lidi pencungkil/lidi satay secukupnya
  • wasabi & kicap sushi
Cara

1. Cuci beras dan masak seperti biasa.
2. Sementara nasi masak sediakan udang. Buang kepala dan tarik keluar urat belakang. Kemudian cucuk dengan lidi pencungkil/lidi satay dari hujung hingga ke ekornya (tujuannya supaya bila rebus nati udang jadi lurus).
3. Didikkan air, masukkan udang dan rebus biar masak (jangan masak lama ye). Kemudian keluarkan air rebus dan gantikan dengan air baru/air sejuk.
4. Kupas kulit udang dan tinggalkan sikit bahagian ekornya. Tarik keluar lidi dan belah dari hujung kepala hingga ekor dibahagian bawah perut.
5. Kemudian buka udang yang dibelah tadi biar jadi lurus, buat sampai habis.
6. Bila nasi dah masak, terus masukkan cuka epal dan gemburkan nasi biar sekata.
7. Ambil segempal nasi, bentuk bujur atau boleh guna acuan sushi. Kemudian letakkan udang diatasnya dan lilit dengan kulit sushi.
8. Boleh la dihidang bersama wasabi dan kicap sushi.

klu buat sdri ni puas mkn dan berbaloi la kan...sni sushi memang mahal...internasional food la kan...yg letak timun je pun 4 ketoi dh dkat 2 dinar...klu yg udang mcm ni mau la berdinar2 lgi...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...