Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, September 16, 2014

Sweet Chili Clam

Assalamualaikum w.b.t...clam ni memang sedap dimasak apa skli pun kan...masak lemak putih pun boleh...kuning pun sedapp...buat pasta pun lagi senang dan masak simple mcm ni pun sedapp hingga menjilat jari...klu kat restoran makanan lauk tu menu gini memang biasa deh...msa bli clam ni xde plan pun lgi nk masak apa...tpi msa duk cuci tu idea tu dtg tetiba je...mgkin sbb banyak duk tgk cooking show...jdi dri stu la dtgnya ilham rspi sweet chili clam ala thai ni...memang sedapp...msia cuti la hri ni kan...akhir kata semoga jumpa lagi...Insyaa Allah dan mohon maaf atas segala kekurangan...
 
Sweet Chili Clam by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
 
  • 1kg clam
  • 1 ulas bawang putih *
  • 2 ulas bawang merah *
  • 1 inci halia *
  • 1/2 biji buah tomato - dadu
  • 1 batang serai - ketuk
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/2 sudu besar pes tomyam - maz guna yang dari thailand dalam botol tutup biru
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil sos lada hitam - maz guna brand puteri, bawa dari msia
  • 2 sudu besar minyak sayur
  • sedikit daun ketumbar - cincang
 
Cara
 
1. Mayang bahan bertanda *.
 
2. Satukan semua bahan sos, cili kisar dan jadikan pes (tak perlu masukkan air)
 
3. Panaskan minyak dan masukkan bahan mayang bersama serai. Masak hingga naik bau. Kemudian masukkan tomato. Masak sekejap.
 
4. Masukkan clam, daun limau purut dan bahan pes. Kacau sebati kemudian tutup kuali sekejap (2-3 minit).
 
5. Kemudian masukkan sedikit air dan secubit gula jika perlu. Kacau balik biar sebati dan tutup balik biar seketika lagi atau hingga clam masak/terbuka cengkerangnya (garam tak perlu sebab dah ada sos tiram).
 
6. Padamkan api dan tabur sedikit daun ketumbar jika suka.
 
abangngah dgn babanya suka sngat...lepas mask yg ni...esknya bli clam lgi dan buat plak...dh 3x buat clam bercili ni...memang kena dgn nasi putih...xpyah lauk lain dh...yg penting clam tu kena yg msih segar...klu kat msia bleh guna lala...sni lala xde...

1 comment:

  1. Enak nih seperti nya cocok untuk makan siang hari ini, izin gunain resepnya min.
    sekaligus kalo berhasil saya akan dokumentasikan di blog saya.

    Oya jangan lupa ya untuk berkomentar di blog saya hehehe. Oya nih semoga bisa di lihat Resep bubur manado ala norman kamaru itu baru update saya dokumentasikan loh. selamat berbagi ^_^ dan salam kenal

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...