Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, September 6, 2014

Eggless Chocolate Cheese Cake

Assalamualaikum w.b.t...kembali dgn gambar lama plak... kek ni rsanya dh dkat stngah thun duk dlm folder...buat kek ni dlu sblum red velvet cheese cake ni...lapisan cheese pun sama je mcm kek red velvet tu...tkpe la deh wpun bru nk update...abangngah dgn babanya memang peminat cheese cake ni...sedapp katanya...akhir kata selamat berhujung minggu dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...semoga jumpa lgi...Insyaa Allah...

Eggless Chocolate Cheese Cake by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (loyang bulat 7/8 inci)

Lapisan Kek Coklat
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking soda
  • 6 sudu besar serbuk koko
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1/2 cawan minyak sayur
  • 1/4 cawan air kopi panas( campurkan 1 sudu serbuk kopi dlm 1/4 cawan air panas)
  • 1/4 cawan susu
  • 1/4 cawan yogurt
  • 1 sudu teh esen vanilla

Lapisan Cheese
  • 200g cream cheese - suhu bilik
  • 100ml whip cream
  • 1/4 cawan gula halus
  • 50ml susu segar
  • 1 sudu besar halal gelatin (larutkan dlm 2 sudu besar air mendidih) - maz masuk dlm microwave 5 saat.
  • 1 sudu kecil lemon jus
  • sedikit coklat emulco
 
Cara

1.Panaskan oven 170 C.
2.Sediakan loyang lose/spring foam utk cheesecake yang telah dilapik dengan kertas minyak dan sapu butter keliling loyang.
3.Di dalam sebuah bekas besar, campurkan rata semua bahan kering.
4.Kemudian masukkan semua bahan cecair satu demi satu.
5.Putar semuanya dengan kelajuan sederhana selama 2-3 minit sehingga semua bahan sekata.
6.Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 25-30 minit.
7.Sementara tunggu kek masak sediakan lapisan cheesenya.

Lapisan Cheese
 
1. Putar whip cream dengan lemon jus hingga sedikit kental. Ketepikan
2. Putar cream cheese dengan gula, kemudian masukkan susu segar.
3. Masukkan gelatin yang telah dilarut sepenuhnya dan kacau sebati (guna spatula je). Kemudian masukkan whip cream tadi dan sebatikan.
4. Bahagi kepada 2 bahagian dan satu warnakan dengan sedikit coklat emulco. Masa ni kalau kek belum masak, simpan dulu dalam peti.
5. Bila kek dah masak, terus keluarkan dari oven dan terbalikkan kek dan masukkan semula dalam loyang dengan cara terbalikkan kek agar yang bawah kek duk atas (supaya bila tuang cheese nati lapisan jadi sama rata).
6. Tuang lapisan putih dan ratakan, kemudian tuang lapisan coklat sikit-sikit dengan perlahan-lahan dan ratakan. Tutup muka loyang (maz guna pingan je) dan simpan dalam peti selama 4-5 jam. Boleh la dihias ikut citarasa.

Nota : Sebelum putar whip cream tu, maz masukkan dulu 15-20 minit mangkuk dan mata mixer dalam freezer agar whip cream senang nak putar, sebab kalau tak cukup sejuk susah nak kental, takut nanti cream akan rosak jika terlebih putar.
 
kat rumah ni klu kek yg mcm ni memang laku la...kena kek yg mkn nga sudu gituw...gandingan kek coklat moist sebagai base dan cream cheese pastinya tidak mengecewakan...terasa nk buat plak la...lama dah jgk xbuat kek...lapisan kek coklat tu maz pernah maz buat dulu utk cup cake ni...rspi asalnya dri ijan blogresipi...lamanya xdengar khbar ijan...xthu samada masih di finland atau dh blik msia...mungkin Mikael pun dh dpt adik...cuba nk buka blognya pun dah tutup...jazakillahukhairan atas repi yg dikongsi...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...