Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, September 3, 2014

Cream Puff with Custard Filling

Assalamualaikum w.b.t...cream puff ni buat 2 minggu sudah rasanya...terpanggil nk buat tu sebab kat fb selalu duk npak cream puff ni dri kwn2 yg amik order kuih ni...kuih yg lembut dari luar dan dalamnya...teserlah keayuannya dan nk buat pun xde susah mana...memang lama sngguh xbuat kuih ni...sbbnya msa buat yg pestime dlu anak2 sorang pun xmkn...ada kat sini...tu cerita beberapa thun sudah la...tpi bila buat kli ni abangngah dah pandai mkn...dan suami pun ada jdi ada la org yg boleh hbiskan...yg dlu buat msa duk msia...maz klu kuih2 gini stkat mkn gitu je la...nk kata minat sngat tu tidak...lebih suka kuih2 tradisi ni...nak2 kuih ubi kayu...jazakillahukhairan pada penyumbang respi zaliana...akhir kata mohon maaf atas segala kekurangan dan semoga jumpa lagi...Insyaa Allah...

kli ni abangagah dah mkn...siap komen sedapp la mami...boleh buat lgi la pas ni...suami pun suka makan...adik afiq memang xmkn kuih2 mcm ni...
 
Cream Puff with Custard Filling by http://ilhamdapur.blogspot.com
Resipi : zaliana myresipi.com
Bahan-bahan

  • 125 gm self raising flour @ tepung gandum + 2 sudu teh baking powder - maz guna self raising
  • 100 gm butter - maz guna unsalted butter
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh gula - maz letak 1 sudu besar
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil essen vanilla - ni maz tambah
Bahan-bahan untuk inti jagung - maz guna kastard segera
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 cawan jagung dalam tin
  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 5 sudu besar gula

Cara
  1. Cara-cara untuk puff.                
  2. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan                
  3. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer dan masukkan essen vanilla.
  4. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang                
  5. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit. Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 220 darjah celcius.Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya - maz bakar 15 minit pertama dengan suhu 200 C, kemudian turunkan suhu 170 hingga masak, ni oven maz la ye).
  6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung                
  7. Cara-cara untuk inti                
  8. Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap                
  9. Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff.
rspi sama je mcm buat yg memula dlu...tukang masak ni mcm ni ler perangainya...duk pusing rspi tu je la...kastad tu maz guna yg segera...bancuh nga susu segar dan kacau je...sma la mcm yg dlu jgk...tpi kastard kat sni xrasa mcm yg segera...sedappp...dignding plak dgn cream puff lembut...memang sdpp...

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...