Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, October 1, 2014

Tulang Rusuk Masak Biryani Bersama Nasi Biryani

Assalamualaikum w.b.t...lamanya peram nsi biryani ni...buat sblum puasa lgi...memula tu ingat xnk update dah...tpi takpe la merajinkan diri pagi ni utk menaip...pasangannya tulang rusuk masak biryani...terasa mcm mkn kat tempat kenduri kahwin plak...tghri smlm pun menu 1 lauk gini jgk...buat nasi tomato dengan ayam masak merah...upon request jgk tu...hri ni xde idea lgi...kena tgk peti dlu bru dpt ilham...terima ksih pada yg sudi singgah dapur yg xseberapa ni...akhir kata semoga jumpa lagi...Insyaa Allah dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Nasi Biryani by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 2 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 20 minit.
  • 3-4 ulas bawang merah - hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih - hiris nipis
  • 1 inci halia - hiris nipis
  • 1/2 sudu kecil rempah biryani
  • 1 biji tomato - belah 6
  • 1 biji cili hijau - kerat 2
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1 helai daun pandan
  • 1/4 minyak sayur
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 kiub pati daging/ayam @ garam scukup rasa
  • rempah 4 sekawan
  • sedikit daun ketumbar - cincang
  • sedikit pewarna kuning
Cara

1. Panaskan minyak sayur (maz guna periuk nasi terus) dan goreng bahan yang dihiris nipis hingga garing/perang. Angkat dan ketepikan.
 
2. Dengan minyak yang sama, masukkan minyak sapi, tumis rempah 4 sekawan. Kemudian masukkan rempah biryani, separuh bawang goreng tadi dan sedikit daun ketumbar. Tumis sekejap.
 
3. Masukkan tomato, cili hijau, daun pandan, kiub pati/garam dan air secukupnya (agak-agak la ye, pastikan air tidak lebih, nati nasi tidak berderai elok) dan tutup periuk biar mendidih.
 
4. Bila dan mendidih, masukkan susu dan beras, kacau sebati (masa ni rasa dulu kalau tak cukup masin tambah garam) dan tutup periuk biar nasi masak seperti biasa.
 
5. Bila nasi dah kering, titik pewarna kuning dan letak 1-2 sudu kuah dari daging biryani tadi. Tutup periuk dan biar nasi masak sepenuhnya.
 
6. Kemudian gemburkan sikit nasi dengan garfu biar semua bercampur. Tabur bawang goreng dan sedikit daun ketumbar.
 
7. Boleh la dihidang dengan daging biryani.

mujur ada tulis kat buku rupenya...maz memang ada note book sbjik kat dpur...time masak trus je catit apa bahan yg diguna...bkn apa...sebab masak ikut sukee je...nati lama2 xingat dh...cicah nga roti pun sedapp ni kan...masak ni pun ikut sedapp je nak masuk apa...klu mkn kat luar memang akan rasa betul2 masakan tu...nk thu apa bahan yg diguna dri bau dan rasa makanan tu...pastu senang bleh buat sebagai panduan...kat sni mcm2 versi biryani ni...pakistan stail...india pun ada bnyk jenis...ikut daerah...

Tulang Rusuk Masak Biryani by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 1kg tulang rusuk
  • 7-10 ulas bawang merah *
  • 5 ulas bawang putih *
  • 2 inci halia *
  • 2-3 sudu besar rempah biryani - maz guna yang dijual kat sini - jadikan pes
  • 1/2 sudu besar serbuk kari - jadikan pes
  • 1 sudu besar pes tomato
  • 1 biji ubi kentang  - potong 4
  • 1 biji tomato - potong 4
  • 1 labu bawang besar - potong 4
  • 2 biji cili hijau - kerat 2
  • rempah 4 sekawan (1 kayu manis, 3 buah pelaga, 3 bunga lawang, 3 bunga cengkih)
  • sedikit daun ketumbar - cincang
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis secukupnya
Cara

1. Hiris nipis bahan * .
 
2. Panaskan minyak secukupnya (dalam 1/2 cawan) dalam periuk tekanan dan goreng bahan hiris tadi hingga garing/perang. Angkat dan ketepikan.
 
3. Dengan minyak yang sama, tumis rempah 4 sekawan. Kemudian masukkan rempah biryani dan tumis hingga pecah minyak.
 
4. Masukkan separuh dari bawang goreng tadi dan 2-3 sudu besar air, tumis biar rempah sebati.
 
5. Masukkan daging dan biar daging mesra dengan bahan rempah sampil dikacau sekali sekala. Masak dengan api sederhana hingga daging keluarkan airnya.
 
6. Masukkan pes tomato, cili hijau, tomato dan daun ketumbar dan tutup periuk. Biar sekejap.
 
7. Kemudian masukkan sedikit air (agak-agak la ye, jangan banyak), perasa secukup rasa dan kacau sebati. 
 
8. Letak ubi kentang dan bawang besar atas daging (tak perlu kacau) dan tutup periuk tekanan dan masak seperti biasa dengan api paling kecil selama 50-60 minit.
 
9. Bila dan masak boleh la ditabur sedikit daun ketumbar dan bawang goreng.

kat rumah ni klu menu yg 1 lauk gini memang dpt sambutan...anak2 xreti sngat nak mkn yg jenis nasi hiding ni...mungkin sebab dah biasa duk mkn nasi arab jenis lauk nga nasi je kan...xmcm hidangan org kita yg penuh meja...tapi memang cepat dan mudah la masakan arab ni...xpyah nk perah kelapa bagai...tumis sambal ke...semua main lebur je...

4 comments:

  1. Nasi beriani digandungkan dgn kambing beriani mmg sangat mantap...nampk sedapppppp sangat kedua2nya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. akhirnya berupdated la jgk...memula tu ingat malas nk...lama bnar peramnya...bleh la utk mkn klrga tu kan...

      Delete
  2. Assalam Maz,
    cantiknya nasi beriani tu..berseleralah akak tengok..
    samalah macam anak2 akak..dia orang nasi dengan satu lauk dah..yang pasti ayam atau daging..itu da cukup pada mereka..cuma kita ajelah nak kena bagai2kan menu2 tu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam kakk..tu la kak...lauk2 bnyk ni xreti mkn la plak budak2 ni...ank2 pun sma jgk ye...tringin jgk nk mkn lauk2 kmpung2 ni...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...