Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, October 27, 2014

Mee Rebus Udang

Assalamualaikum w.b.t...semenjak duk buat mee kuning sdrik ni...dah suka la plak mkn masakan mee ni...tpi nk yg jenis berkuah gini la...tu pun plannya pgi ni nk main tepung lgi...tpi npaknya mood xberapa nk rajin...badan pun rasa berat je...kihkihh...tukar menu masak nasi je la...mee rebus udang plak...ni pun dah berbulan jgk la kena peram...tkpe la deh...Inysaa Allah semoga jumpa lagi...mood pun tak berapa nk ada pgi ni...terima kasih pada yg sudi singgah dapur yang xseberapa ni...mohon maaf atas segala kekurangan...

Mee Rebus Udang by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 500g mee kuning - maz buat sendiri, jadi tak perlu celur sebab dah lalui proses rebus, kalau mee beli celur sekejap
  • 12 ekor udang segar saiz sederhana besar
  • 3 ulas bawang merah - tumbuk lumat
  • 1 sudu besar udang kering - tumbuk lumat
  • 1 inci lengkuas - ketuk
  • 1 sudu besar serbuk kari udang/ikan/ketam - maz guna faiza
  • 2-3 sudu besar cili kisar
  • 1-2 keping asam keping
  • 2-3 ketul keledek rebus
  • 1 mangkuk besar kulit udang
  • sedikit minyak untuk menumis
  • telur rebus, tauhu goreng, bawang goreng, daun sup/bawang, cili merah @ taugeh jika ada
Cara

1. Dalam periuk rebus kulit udang dengan air secukupnya (dalam 1 1/2 litter). Biar mendidih lama sikit dengan api perlahan.
 
2. Asingkan air rebusan, kisar kulit udang bersama dengan sedikit air biasa. Kemudian tapis amik airnya dan guna untuk kisar keledek.
 
3. Panaskan 1-2 sudu besar minyak, tumis bawang dan udang kering hingga wangi. Masukkan cili kisar, tumis lagi. Masukkan serbuk kari dan lengkuas. Kemudian masuk air rebusan udang.
 
4. Masukkan asam keping dan masak biar mendidih sekejap. Masukkan keledek kisar dan perasa secukup rasa. Kemudian masukkan udang segar.
 
5. Masak biar mendidih lama sikit dengan api perlahan dan kuah sedikit pekat dan suaikan rasa apa yang kurang, maz suka rasa manis tu lebih sikit.
 
6. Kemudian boleh la dihidang bersama mee dan bahan sampingan yang lain.

memang sukaa sangat mee rebus ni...suami pun sama...licin sampai kuah kami hirupp...sedapp guna stok air udang...memang terasa kuah udangnya...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...