Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, October 17, 2014

Gulai Darat Udang

Assalamualaikum w.b.t...plannya nak update pgi tdi udang ni...tpi begitu la klu hri minggu tu deh...ada je aktvti yg menanti...udang ni pun dh berbulan2 kena peram...ni la antara gaya lauk yg boleh kata selalu dimasak kat rumah ni...jenis kuah warna kuning...klu ketam pun mask mcm ni jgk...nak buat canggih2 mcm org lain...nati ada yg pandang je...ok semoga ketemu lagi...Insyaa Allah dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Gulai Darat Udang by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 10 ekor udang saiz sederhana besar @ apa saiz
  • 2-3 ulas bawang merah *
  • 1 inci lengkuas *
  • 1 inci kunyit hidup @ boleh guna kunyit serbuk *
  • 1/2 biji cili merah @ boleh guna cili padi merah kalau suka pedas *
  • 2 cawan santan
  • 1/2 sudu kecil serbuk kari ikan
  • 1 keping asam keping
  • 1 biji cili hijau - kerat 2
  • 1 biji zucchini @ timun/terung
  • garam dan gula secukup rasa
Cara

1. Tumbuk lumat bahan bertanda *.
 
2. Dalam periuk satukan bahan tumbuk, serbuk kari, santan, zucchini dan asam keping. Masak hingga mendidih dan sayur lembut dengan api sederhana sambil dikacau selalu.
 
3. Kemudian masukkan cili hijau, udang dan perasa secukup rasa. Masak biar udang masak sambil dikacau (tak perlu masak lama sebab udang cepat masak).

tkpe la deh asik duk masak yg sama je pun kan...asalkan suami dan anak2 suka...tpi memang sedapp kan...ada plak sambal belacan dgn ulam skit...memang jadii...

2 comments:

  1. Cantik colour hidangan kakak..sya nak cuba juga..selalu tkut ltak kunyit banyak..tq 4 da sharing :)

    ReplyDelete
  2. kak pun main hentam jgk tu Aryn...kdang2 guna kunyit serbuk...tu kebtulan stok kunyit hidup ada...mksih sudi singgah dpur kak yg xsbrapa ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...