Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, October 21, 2014

Sayur Lemak Labu Campur Bayam & Udang

Assalamualaikum w.b.t...selain menu ikan...sayur2 ni pun jarang jgk update kat sini...bkn xmasak...cuma xberapa rjin nk snap...memang sedapp sngat gandingan labu manis dengan bayam ni...ada plak sambal belacan kan...pasangannya ikan terubuk bakar dgn air asam...utk anak buat ayam tumis cili...memang berselera sungguh la...mkn nasi xhingat apa dh...sedapp snguh dpt layan selera kampong skli sekala ni...tghri ni xde plan lgi nk masak apa...rsanya mcm nk buat pasta je...Inysaa Allah semoga jumpa lgi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Masak Lemak Labu Campur Bayam & Udang by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk kecil labu
  • 2-3 ulas bawang merah - tumbuk lumat
  • 3 cawan santan
  • 1 ikat bayam hijau *
  • 10 ekor udang *
  • 1/2 labu bawang besar - hiris *
  • 2 biji padi merah/hijau - kerat *
  • garam gula secukup rasa *
Cara

1. Dalam periuk masukkan santan, bawang dan labu. Masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu hingga mendidih dan labu lembut.
 
2. Kemudian masukkan semua bahan bertanda * dan perasa secukup rasa. Masak seketika lagi biar udang masak dan bayam sedikit lembut - tak perlu masak lama. Padamkan api dan alihkan periuk, jangan biar periuk ditungku panas tadi, nanti sayur akan jadi terlebih masak.

klu dpt mkn tepi sawah lagi la bestnyaaa...dlu time budak2 biasa la duk mkn tepi sawah tu...srnok sngat...generasi sekarang ni xdpt dh merasa pengalaman tu kan...

2 comments:

  1. kmaz suka syur gini...meratah pun sedapp...puasati dpt layan selera...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...