Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa ni'mal wakil'..antara yg kerap jgk dimasak kat rumah ni...menu nasi 1 lauk...mungkin sebab dah biasa duk mkn nasi kat sni jenis nsi togel mcm ni deh...xde nk kena hulur tngan cedok itu ini...mkn je yg dlm pingan tu...tu la gaya mkn org arab...nasi majboos ni pun buat bln 11 hritu lgik...mcm biasa la dpur ni semua kena peram dlu...tu pun ada 3 jnis nsi lgik duk menunggu...nasi arab ni xsusah mna nk sedia...asalkan ada rempah ratusnya...lauknya pun ringkas saja...ni pun cuba tiru nsi yg biasa duk mkn kat turkish restoran shaoola...wpun xsama 100% tpi Alhamdulillah sedapp dan kena dgn selera anak2 dan suami...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maz mohon maaf andai ada kekurangan dimana-mana...
Chicken Majboos by http://ilhamdapur.blogspot.com/
Bahan-bahan
1. Panaskan 3-4 sudu besar minyak sayur, masukkan bahan * dan tumis biar bawang sedikit perang. Masukkan serbuk kari, kacau sebati.
2. Masukkan buah tomato dan jintan manis, kacau sebati. Masukkan sedikit air dan tumis biar keluar minyak, masukkan daun parsly, daun dill dan cili hijau. Masak biar sayur lembut/hampir hancur.
3. Masukkan ayam dan kacau balik bair sebati. Masukkan sedikit garam, gula atau kiub pati. Tutup periuk sekejap biar ayam keluarkan airnya dan balikkan sekali sekala.
Chicken Majboos by http://ilhamdapur.blogspot.com/
Bahan-bahan
- 1kg ayam - kerat 4
- 1 biji tomato - dadu
- 1 1/2 sudu besar serbuk kari arab (arabic curry powder)
- 3 sudu besar pes tomato
- 1 labu bwang besar - dadu *
- 2 ulas bawang putih - cincang *
- 1/2 inci halia - cincang *
- 1 kayu manis *
- 3 biji buah pelaga *
- 2 helai daun bay *
- 1 sudu kecil jintan manis (fennel seed) - tumbuk sikit
- 2 biji cili hijau -kerat
- Segengam daun parsly cincang @ boleh guna daun sup
- Segengam daun dill cincang @ boleh ganti dengan 1 biji lada bengala
- garam gula secukup rasa @ kiub pati ayam
- 2 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 10 minit
- 1 kayu manis *
- 7 biji buah pelaga *
- 9 kuntum bunga cengkih *
- 5 sudu besar minyak sayur
1. Panaskan 3-4 sudu besar minyak sayur, masukkan bahan * dan tumis biar bawang sedikit perang. Masukkan serbuk kari, kacau sebati.
2. Masukkan buah tomato dan jintan manis, kacau sebati. Masukkan sedikit air dan tumis biar keluar minyak, masukkan daun parsly, daun dill dan cili hijau. Masak biar sayur lembut/hampir hancur.
3. Masukkan ayam dan kacau balik bair sebati. Masukkan sedikit garam, gula atau kiub pati. Tutup periuk sekejap biar ayam keluarkan airnya dan balikkan sekali sekala.
4. Masukkan air secukupnya (jangan banyak sangat ye) dan tutup periuk biar ayam dengan api sederhana.
5. Masak hingga isi ayam benar-benar lembut. Padamkan api, keluarkan ayam.
6. Dalam periuk (maz guna periuk nasi letrik terus) panaskan minyak, tumis bahan *. Masukkan kuah ayam tadi (simpan sikit dalam 1 senduk) dan sedikit air jika perlu (air jangan banyak ye nanti beras tak berderai elok, maz cuma lebihkan 1cm air dari paras beras) untuk cukupkan sukatan dengan beras, masak biar mendidih.
7. Masukkan beras, kacau sebati dan tambah apa yang perlu jika kurang rasa. Tutup periuk biar nasi masak seperti biasa. Bila nasi hampir kering, kacau sikit biar nasi masak sekata.
8. Bila nasi dah masak masukkan kuah yang disimpan tadi tadi dan gemburkan sikit dengan garfu.
cra masak nasi arab pun ada pelbagai cara...tpi maz selalu buat versi mudah dan ringkas je...xde nak rebus dlu beras tu...tos dan masak semula...yg penting memenuhi selera...apa2 pun terpulang la pda kita yg membuatnya nk plih cara mna kan..
sy tgok pun dh terliur ni....thumbs up!
ReplyDeletebleh la syuhadda utk mkn sdrik tu kan...tpi nsi arab ni sne je nk buat...main lebur gtu je...
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletesaya kan teruja betul nak cuba kalau nama makanan tu pelik2 tak pernah dengar...
ReplyDeletenti bleh la try tu sue...nasi arab ni mudah je nk sdia...asalkan ada rempahnya...mcm perangai kita la jgk...pantang tgk kat tv org mkn..pastu mula la gugel cri..kihkihh......
DeleteThis comment has been removed by the author.
Delete