Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, January 3, 2015

Meat & Vegetables Saloona

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..kembali dgn gambar lama...kejadian dah 2 blan lebih rsanya..sblum ni pun dah ada updated saloona ni...versi sayur dan kemben ada kat sini...yg ni cmpur sayur dgn dging plak...klu nak guna ayam pun bleh...memang ada jual jenis cmpur mcm ni...msak ni pun idea dri yg mkn kat restoran...org arab kuat mkn sayur...memang diletaknya mcm2 sayur dlm saloona ni...sedapp mkn dgn khubus (flat bread)...Salam Maulidul Rasul dan selamat berhujung minggu buat semua...kat sni dah 3 hri cti start new smpai esk...Insyaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Meat &  Vegetables Saloona by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 600g daging lembu dengan tulang 
  • 1 biji buah tomato masak - belah 8
  • 1 labu bawang besar bombay - kerat 8 *
  • 1 ulas bawang putih - ketuk *
  • 2 helai daun bay *
  • 1 sudu kecil rempah kari arab
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
  • 2 sudu besar tomato pes
  • 2 sudu besar minyak sayur untuk menumis
  • 2 biji cili hijau
  • 1 ketul kiub pati daging @ garam, sedikit gula, serbuk perasa jika suka
  • sayur secukupnya - (maz letak terung, zucchini, petola, kacang bendi, kacang bunci, ubi kentang, lobak merah dan seumpamanya - potong saiz besar)
Cara

1. Panaskan minyak dalam periuk tekanan (pressure cooker). Masukkan bahan bertanda *. Kemudian masukkan rempah dan jintan putih dan tumis sekejap je.

2. Masukkan buah tomato dan tomato pes. Masukkan daging dan kacau sebati.

3. Masukkan air secukupnya (agak-agak la ye jangan banyak sangat dalam 2-3 cawan) dan biar mendidih sekejap. Kemudian masukkan kiub pati atau sedikit garam dan gula, kacau sebati.

4. Letak ubi kentang dan lobak merah atas daging (tak perlu kacau ye), kecilkan api dan tutup periuk tekanan dengan kemas. Masak selama 40-50 minit.

5. Kemudian buka periuk seperti arahan, perasa secukup rasa apa yang kurang, masukkan sayuran lain dan tutup semula, masak sekejap lagi sekadar sayur lembut dalam 5-7 minit. Boleh la dihidang dengan roti (lebanese flat bread).

msa hidang kat suami...memula dia rsa tu dikatanya tukang msak ni beli kat kedai...Alhamdulillah sma dah dri segi rupe dan rsa dgn yg biasa duk mkn tu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...