Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, January 23, 2015

Pisang Goreng Cheese Resipi II

Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa ni'mal wakil'..pisang goreng yg pemes dan sememangnya enakk...ni pun buat bln 10 hritu lagi...masa tengah demam pisang goreng bercheese ni...memang kerap sngat la duk buatnya sebab abangngah sukaa...msa kat msia dlu xprnah rasa pun...xthu pun ada pisang goreng versi mewah ni...ingatkan kek je deh yg ada cheese...tapi memang sedapp la..lemak berkrim...kena plak dgn pisang gorengnya rangup...memang nikmat sungguh dpt yg panas-panas tu...utk greng pisang ni maz guna bancuhan yg buat fish n chips dulu...hasil ber eksperimen dgn rspi yg prnah dicuba...sukaa bancuhan ni...rangupnya menepati selera...sblum ni pun dah ada updated versi pisang goreng biasa guna rspi ni...cuma kli ni msuk susu segar skit...Inysaa Allah semoga jumpa lagi...salam jumaat yg barakah dan mohon maaf andai ada kekurangan dimana-mana...

Pisang Goreng Cheese Resipi II by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • pisang yang sesuai secukupnya, hiris nipis - ni tak tahu nama pisang apa, memang sedap goreng dan buat pengat, pisang dari india, besar buahnya, 2 biji pun dah boleh dapat sepinggan
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan allpurpose flour @ tepung gandum berkualiti
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 50ml susu segar
  • sedikit pewarna kuning
  • air sejuk peti secukupnya
  • minyak untuk mengoreng secukupnya - maz guna minyak sayur
Cara


1. Dalam mangkuk sebatikan bahan kering, kemudian masukkan susu segar, air secukupnya dan pewarna (air tu agak-agak la ye, jangan cair atau pekat sangat, kira letak bila celup pisang).
2. Panaskan minyak secukupnya, masukkan pisang dalam adunan dan goreng hingga perang dan garing dikedua bahagian. Angakat dan toskan, buat sampai habis.

Untuk salut
  • 2 sudu besar mentega tanpa garam 
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar cheddar cheese
  • cheddar cheese secukupnya untuk tabur
Cara : Dalam mangkuk yang sesuai satukan mentega dan susu pekat, masukkan dalam microwave sekejap biar mentega cair atau boleh masak atas dapur. Keluarkan dari microwace, masukkan 2 sudu cheddar cheese dan sebatikan. Sedia untuk digaul dengan goreng pisang yang masih panas. Kemudian taburkan cheddar cheese secukupnya.


jazakillahukhairan pada pencetus rspi pisang goreng bercheese ni...memula rsa pisng goreng cheese ni maz cuba rspi dri dapur Mamafami...ada kat sini...memang bleh dijadikan dessert plak yg versi cheese ni...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...