Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, January 24, 2015

Spaghetti Bolognese

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..mcm biasa la pasta ni memang kerap sngat kat rumah ni...tpi ni pun yg buat lama bnar dah...memang cepat dan mudah sngat nk sedia pasta ni kan...bleh pelbagaikan ikut citarasa...jenis sos putih...atau yg guna tomato sebagai bahan utama...bleh letak cendawan...ayam atau cfood...yg penting menepati selera keluarga...bahan-bahannya pun simple aje...cuma maz xpernah buat yg jenis kosong guna minyak zaitun aglio olio tu...Inysaa Allah semoga jumpa lagi...selamat berhujung minggu dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Spaghetti Bolognese by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan daging kisar segar
  • 1 labu bawang besar bombay - dadu kecil
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 2-3 biji tomato ranum - dadu kecil
  • 1/3 cawan pes tomato
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam - tumbuk lada hitam biasa 
  • 1 sudu kecil dry basil @ italian herbs
  • 2-3 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • 1 kiub pati daging
  • garam secukup rasa dan sedikit gula
  • spaghetti - rebus seperti biasa 
Cara

1. Panaskan minyak, masukkan bawang besar dan bawang putih, masak sekejap biar bawang layu.
2. Masukkan daging kisar, kacau sebati dan masak biar daing keluarkan airnya. Kemudian masukkan buah tomato dan tomato pes, sebatikan.
3. Masukkan air secukupnya, kiub pati dan masak biar mendidih. Perasa secukup rasa dengan sedikit gula dan garam jika perlu, masukkan daun basil dan serbuk lada hitam. Masak biar sos sedikit pekat.
4. Sedia untuk dihidang bersama sapghetti yang telah direbus, taburkan sedikit parmesan cheese.

ni rupe pes tomato kat sni...pekat dan rasanya xmasam...sedapp...pes ni jgk maz guna utk buat sos piza...klu rspi yg masuk pes tomato pes ni la yg duk guna selama ni...utk nasi tomato...pasta2 dan mcm2 la...utk sos lauk pauk...kuah mee...

hidangan yg cepat dimasak...sedapp dimakan...klu buat pasta ni 1 kuali tu memang licin...nak2 klu letak meatball plak...2 beradik tu sukaa snguh klu pasta gak...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...