Sumber Resipi : Cik Mat Gebu (Myresipi)
Bahan-bahan ( 20 biji )
BAHAN2 UNTUK DOH:-
- 250 g tepung pulut
- 1/2 cawang tepung pulut hitam
- 1 1/2 cawan air
BAHAN2 UNTUK INTI:-
- 1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
- 1 ketul gula Melaka
- 1 cawan gula pasir
- 2 helai daun pandan, disimpul
- 1/2 cawang air
BAHAN2 LAIN:-
- Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh) - 1 cawang pati santan + secubit garam
Cara-cara
1.UNTUK INTI:- Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.
2.UNTUK DOH:- Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.
3.UNTUK MEMBUAT KUEH KOCI:- Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.
4.Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat.
5.Kemudian lipat seperti biasa.
6.Yang ini berbentuk bantal.
7.Dan yang ini berbentuk piramid
8.Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kueh koci bergantung pada saiz kueh masing2. Tak lupa terima kasih padan bonda mat atas tunjuk cara utk resepi ini. Selamat mencuba
lepas tgk dak hana buat kuih koci bulan lepas, teringin gak nak buat... tapi carik tepung pulut itam tak jumpe2...sudahnye jumpe kat gerai jual kuih-muih terus beli...heheee
ReplyDeletesalam Maz..klu kenduri kt tempat atie nie...kuih wajib nie la!..brkilo2 tepong digunakn tp ramai2 la buat!klu sorang2...pengsan la...ha!ha!
ReplyDeleteSalam Kak Maz,
ReplyDeleteAkak apa khabar? kuih koci ni kite tak pernah buat..tp suke makan... hehe
Terliur tengok karamel lapis coklat kat bawah nun. kena tunggu mikael tak allergi kat telur la baru boleh makan.huhuhu :(
Ijan
slmlkm...
ReplyDeleteMazzz.... k sue lapar ni..! Pos lah ke Melaka sketoi..!