Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, March 16, 2011

Begedil Bebola Daging IKEA

Assalamualaikum..dah nk jmpa jumaat plak bru bgedil kita ni nk kluar kat sni..huhuu..ni pnyedap soto ayam hri tu..kita gna meatball ikea..kes nk senang keje lagi la ni..rspi pun cincai sngat..xkisah la ye asalkan enak dimkn..tpi memang sdpp..sbb meatball ikea tu pun dh memang terkenal sedapnyaa..spa yg dh mkn swedish meatballnya thu lerr kan..

bgedil ni kita nga adik ipar je yg mkn..anak2 smua xmkn..tu yg xprnah buat..ni la pestime buat begedil sdri..tpi mkn yg org lain buat dh prnah ler..hehe..

Begedil Bebola Daging
by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan
  • 6-7 biji bebola daging - maz guna bebola daging IKEA
  • 3 ulas bwang merah
  • 1 ketul saiz kecil ubi kentang - kupas kulit dan hiris nipis
  • 1 biji putih telur - dipukul
  • 1 biji kuning telur
  • sedikit daun sup dan daun bawang - dipotong kecil
  • sedikit serbuk lada sulah (jgn banyak sngat sbb bebola daging dah ada rasa)
Cara

1. Panaskan bebola daging dalam microwave atau biarkan dalam suhu bilik hingga lembut dan hancur-hancurkan hingga berderai. (maz guna microwave)

2. Panaskan minyak (dalam 1/2 cawan) dan goreng ubi kentang hingga masak, empuk. Angkat dan toskan. Buat sampai habis.

3. Tumbuk bawang merah hingga lumat, masukkan ubi kentang yang digoreng dan tumbuk hingga ubi hancur. Buat sampai habis.

4. Kemudian dalam bekas besar gaulkan bahan yang ditumbuk dengan bebola daging, daun sup, daun bawang, kuning telur dan sedikit serbuk lada suluh. Gaul semuanya hingga sebati dan sekata.

5. Akhir sekali, jemput dan kepal agar tidak berderai ikut saiz yang dikehendaki dan leperkan sikit. Buat sampai habis.

6. Panaskan minyak dan celup bebola yang dah siap dalam putih telur dan goreng sehingga keperangan dikedua bahagian dengan api perlahan. Angkat dan toskan. Siap..

dah lama bnar bli IKEA meatball ni..kita bli gravynya skli..senang klu nk mkn meatball ikea..xyah nk p smpai sana..

5 comments:

  1. Sy sllu wat sendiri jer bergedil nih guna daging kisar tu kak,wah xtau la da juai ikea nyer..Sedap yer kak,meh nak rasa cikit,dah la nmpk kat depan lappy ni pong dah terliur,hehe.

    ReplyDelete
  2. Kak Maz, wah, guna yg IKEA sedap eh, sy slalu beli daging cincang jer..

    ReplyDelete
  3. swedish meatball..sedapnya..dulu ada jual kat iwani, skrg dah takde dah.

    ReplyDelete
  4. maz~kwn2 semua..
    mksih ye sdi luang msa jnguk bgedil sgera kita ni..hehee..xkisah la ye sgera pun janji cdpp..nk senang keje la ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...