Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, March 10, 2011

Tomyam Campur

Assalamualaikum..lauk tghri slesa yg lepas..mngu ni kita msk jgk la sbb adik ipar ada kat umah..adik kita ada krusus semngu jdi isterinya duk umah kita..leh la wak teman kita ni..tmyam ni gna paste yg lam btol je..dah biasa gna paste thai ni..kna nga slera org kata..

pastu ptnernya kita buat tlur bngkus dan smbal blacan cicah timun..memang brpeluh2..

Tomyam Campur by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan
  • 8-10 ekor sotong - dikelar @ dikerat
  • 1 mangkuk kecik isi ayam yang dihiris nipis
  • 2 sudu besar pes tomyam - maz guna yang dlm botol tu, siam mari
  • 2 batang serai - dibelah
  • 2 inci lengkuas - dihiris
  • 5 helai daun limau purut
  • 3-4 biji cili padi - diketuk (boleh tambah @ kurang)
  • sedikit sayuran - maz guna bunga kobis & lobak merah
  • 1 biji tomato - belah 4
  • 1 labu bawang besar - belah 6
  • 1 biji limau nipis - amik jusnya
  • daun ketumbar secukupnya
  • 2-3 cawan air
  • garam, gula dan aji (jika suka) secukup rasa
Cara

1. Dalam periuk masukkan air, pes tomyam, lengkuas dan serai. Masak sehingga air mendidih. Kemudian masukkan ayam dan lobak merah dan masak sehingga lobak merah separuh lembut dan ayam masak.

2. Masukkan pula sotong, bunga kobis, bawang besar, daun limau purut dan cili padi. Kemudian perahkan limau nipis dan perasakan secukup rasa agar ada rasa masam yang sedikit menyerlah. Masak seketika agar bunga kobis dan sotong lembut.

3. Kemudian padamkan api dan masukkan tomato dan daun ketumbar. Balik-balikkan agar semuanya mesra. Sedia untuk dihidangkan dan taburkan sedikit daun ketumbar semasa menghidang.

klu xckup yg lam pngan tu..priuk dah ada kat blkang tu..snduk je la ye..

8 comments:

  1. Wah akak tomyam akak nmpk sedap la,wlpun tadi lunch jer baru buat tomyam..Pes dari siam mmg sedap kan kak,sy pong ritu yg siam nyer gak,beli kat pdng besaq..

    ReplyDelete
  2. ting tong! dah dtng dah bawa tuna roll utk akak ni...nak tapau tom yam lak....sedapnya...slurppp..ok nk blk dah....hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam Maz, wah sexyla nampak sotong Maz tu. Rasa macam nak buat juga. Sedap menghirup ni.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...

    nampak menyelerakan...tomyam2 ni mmng la my feveret...kalo boleh ari2 nk masak..hehe

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..
    nyummy! sedapnyer..
    best kan bila ada kawan kt umah. biasa duk umah ni buhsan betul bila hubby gi keje..

    ReplyDelete
  6. ting tong..kak datang dah ni..nak tukar dengan ayam halia..

    ReplyDelete
  7. maz~kwn2 semua..
    meh kita pkat2 hirup tmyam pnas2 ni..klu xckup priuk dah ada skli tu..ceduk je la ye..hehee..mksih ye sdi sngah jnguk tomyam simple kita ni..muahhh..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...