Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, March 8, 2011

Sweet Ball

Assalamualaikum..satu lgi kue yg dah lama bnar kejadiannya ni..kue yg slalua dpat smbutan anak2..spesis donatt! saja buat stail bulat2 gini..pastu bgi nama glamor skit..hehe..sbnarnya buat bntuk mcm ni dpt ilham dri salah satu halwa org2 arab..namaya sweet ball jgk atau sweet dough..tpi depa bulat2 kecik skit dan mkn nga sirap gula..xlalu la plak kita nk mkm mcm tu..dh prnah cba rsa msa kat sna dlu..xcdppp la bgi tekak kita ni..kli ni pun gna rspi sma je mcm yg duk buat sblum2 ni..main tuang2 gtuw je..yg buat bntuk donat bleh tgk kat SINI..

kue2 lain anak2 xmkn..donat jgk la yg jdi plihan..ok jgk kan sbb donat ni senang je..

Sweet Ball by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan

  • 1 3/4 cawan tepung serba guna (allpurpose flour) @ tepung gandum
  • 100ml air suam *
  • 2 sudu kecil yis kering - maz guna jenama mauripan *
  • 1 sudu besar gula *
  • 5 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar minyak sayur
  • 1/4 sudu kecil garam
  • gula halus seckupnya - untuk salut pada donat
  • minyak masak secukupnya - untuk mengoreng

Cara-cara

1. Dalam mangkuk satukan bahan-bahan yang bertanda *. Biarkan seketika (2-3 minit), kemudian masukkan minyak sayur dan kacau sikit guna garfu.

2. Satukan tepung, garam dan susu tepung. Masukkan sedikit-sedikit kedalam no 1 sambil dikacau guna garfu (kacau buat bulatan jam) sehingga adunan tadi bersatu (menjadi seketul) tapi tidak keras. Kemudian boleh la diuli dengan tangan sehingga adunan menjadi licin dan tidak melekat pada tangan (kalau lembik tambah tepung sikit-sikit je, sapu kat tangan gtuw).

3. Tutup mangkuk dengan plastik wrap atau tuala dan biarkan selama 30-40 minit atau naik 1x ganda. Kemudian tumbuk-tumbuk sedikit doh yang telah naik tadi.

4. Ambil doh dan bulat-bulatkan sebesar bola ping pong dan susun dalam loyang yang telah ditabur dengan sedikit tepung. Bulatkan sampai habis, kemudian tutup loyang dengan towel/plastik dan rehatkan lagi sekitar 10-15 minit.

6. Panaskan minyak dalam kuali dan amik doh yang dibulat tadi, goreng hingga sedikit keperangan sambil simbah minyak panas ke atasnya (supaya ianya jadi kembang dan lembut). Angkat dan toskan dan golek-golek dalam guna halus. Buat sampai habis. Siap..

ada plak kopi O scwn..memang nikmat snguhh..

6 comments:

  1. Nak lagi nikmat, hantar sebekas besar ke rumah mama.. hehehe...

    ReplyDelete
  2. kak maz, sedapnya nengok donut bolat2 ni....rasa nk ngap jer...hehe

    ReplyDelete
  3. nak buatla....hehe...ank2 mmg suka sgt donut..hari2 bawak bekal donat pun rela diaorang nih...t.kasih bg idea pg2 ni kak eh...

    ReplyDelete
  4. terus terang akak katakan walaupun anak2 suka maka sweet ball ni tapi tak pernah akak buat sebab malas bab uli menguli ni, tapi tengok resepi Maz macam senang je, hehehe

    ReplyDelete
  5. maz~kwn2 semua..
    Wsalam..mceh bnyk2 ye luangkan msa jnguk donat bulat2 kita ni..muahhhh..

    ReplyDelete
  6. Wah Zee tak sangka buat donut ni senang sangat. I will try yr recipe. Thanks for sharing. Roszee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...