Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, March 11, 2011

Telur Bungkus

Assalamualaikum..ni pun lauk yg dimsk skli nga tomyam tu jgk..lauk hri selasa..skli skala mkn mnu kdai tomyam ni sdp jgk ye..ada plak smbal blacan dan ulam timun..ckup la tu..xyah lauk lain dah..dan pada kwn2 serta rakyat msia yg brada dijepun didoakan smoga selamat semuanya dan sntiasa dlm lindungan Allah..patut la hujan je spnjang hri ni..rupenya dunia skli lagi dikejutkan dgn terjahan tsunami yg melanda negara matahari terbit tu..

Telur Bungkus by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 1/2 mangkuk kecil isi ayam - dicincang
  • 1/2 mangkuk kecil kecik mix veg
  • 1/2 labu bawang besar - cincang kecil
  • 1 ulas bawang putih - dicincang
  • 2 sudu besar tomato sos tiram
  • 2-3 sudu besar sos cili
  • sedikit daun sup - dicincang
  • sedikit gula dan air
  • 3 sudu besar minyak masak

Cara

1.Untuk inti - panaskan minyak, masukkan bawang putih dan bawang besar, masak biar layu, kemudian masukkan isi ayam, kacau hingga isi ayam masak sekata. Masukkan pula mix veg dan balik-balikkan.

2. Masukkan semua jenis sos dan perasakan ikut citarasa. Akhir sekali masukkan daun sup dan kacau biar sebati (kalau terlalu kering masukkan air (sikit je dalam 3-4 sudu besar, sebab sosnya tak boleh cair nanti meleleh keluar dari telur). Siap dan ketepikan dulu.

3.Untuk buat telur dadar - pukul telur dengan skit garam . Panaskan kuali dan sapu dengan sedikit minyak. Kemudian tuang telur dan pusingkan kuali biar telur tu jadi bulat besar dan nipis, (maz guna kuali non-stik). Kalau guna kuali biasa kena pandai pusing telur tu biar jadi nipis dan bulat besar. Masak dengan api kecil dan tak perlu diterbalikkan telur tu (maksudnya cuma masak 1 bahagian bawah je).

4.Masak dalam 2-3 minit je, bila telur dah masak padamkan api.

5.Amik inti dan letak ditengah-tengah, ratakan inti dengan sudu biar jadi 4 segi dan tinggalkan dalam 1 inci kelilingnya untuk lipat.

6.Kemudian lipat telur jadi bentuk 4 segi (macam dalam gambar kat bawah tu)

7.Bila dan siap lipat, amik pinggan dan telengkupkan atas telur tadi. Kemudian pegang pinggan dan terbalikkan kuali (masa ni kuali kat atas dan pinggan kat bawah).

8.Potong buat bentuk tanda + kat tengah telur dan lipat kleuar skit. Siap..

live dri kauli lgi tu..hehee..cra kita lipat tlur bngkus ni..lipat kiri, kanan, atas dan bawah..pastu bru telengkup atas pngan..

12 comments:

  1. kak maz, saya dtng bawa nasi ngan tomyam ni...kalau kena ngan telur bungkus ni lagi best ni...semlm tgk tomyam akak dh terliur hari ni terus buat...hehe

    ReplyDelete
  2. kak maz,syedapppppppnyerrrr..Nakkkk..Teliuq dah ni kak..Nnti nak buat juga la teluq bungkuih ni,ngee..

    ReplyDelete
  3. ehehehe~~sedap... tp saye mcm tak expet lg bab nk bungkus telur tu..huhuhuhuuu~~~

    ReplyDelete
  4. kak maz...telur bungkus tu utk eina ke?ape???dah habis..g buat sekarang..muahahah...kebulur bebenor..ank sape la ni eh..

    ReplyDelete
  5. maz~kwn2 semua..
    skli skala layan slera kdai tmyam..hehee..kita pun dh lama bnar xmain bngkus2 ni..asik duk mkn tlur bngkus dri kdai je..nti leh la cba..senang je tu dan harap kna dgn slera..mksih ye sdi brtndang dpur kita ni..

    ReplyDelete
  6. maz, telur bungkus ni mmg fav my hb..kat rumah tu rotate je tiap2 pg, kalau xdak tempe bentol tu mesti ada telur bungkus..kalau dua2 xde sanggup dia berhenti makan pi goreng telur dadar..

    ReplyDelete
  7. uih.. sedap nih.. teruja gak nak buat.

    ReplyDelete
  8. saya kalau buat...selalu barai...akak buat nampak elok..

    ReplyDelete
  9. Comei nya telur ni bila design macam tu. berkelopak kat tengah dia. Saya kalu buat, time nk terbalik telur tu dah terburai inti dlm dia.hehe

    jom belajar buat macaron

    ReplyDelete
  10. *Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.*

    Sy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
    Hubungi utk order & pertnyaan:
    *En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570*

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...