Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, March 5, 2011

Udang Masak Lemak Tempoyak

Assalamualaikum..1 lgi lauk yg dah lama trperam..dah brminggu jgk ni..msak msa adik dtg umah hjung bln lepas..kat umah ni klu ada org mai bru la bleh msk lauk2 cegini..klu tak asik duk main msk kicap je..jdi bleh la tmpang lepas keinginan sdri skli..hehee..

dannn ni lah plengkap utk lauk udng tu..skli skala msak bleh la layan slera..penangannya budu nga smbal blacan..

Udang Masak Lemak Tempoyak by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan
  • 15 ekor udang saiz sederhana - potong hujungnya dan toskan
  • 3 cawan santan
  • 1 inci lengkuas *
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 4 biji cili padi merah@ lebih jika suka pedas *
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 2 sudu besar cili kisar - rebus cili kering dan kisar
  • 2-3 sudu besar tempoyak
  • 1 keping asam keping/gelugor
  • 1 biji timun - buang bahagian tengah/biji dan dikerat memanjang
  • sedikit gula dan garam serta aji jika suka

Cara

1. Kisar atau tumbuk lumat bahan yang bertanda *.

2. Masukkan santan dalam periuk, bahan yang ditumbuk, timun, cili kisar, tempoyak, asam keping dan kacau sebati. Masak sehingga mendidih dan timun separuh lembut sambil dikacau sentiasa agar santan tidak berketul.

3. Kemudian baru masukkan udang dan perasakan secukup rasa. Masak seketika lagi cukup sekadar agar udang masak sambil dikacau. Padamkan api. Siap.

sibaik la msih bleh kwal lgi slera mkn ni..wpun jarang amik nsi tpi xde la mkn brsnguh2 sngat..bnyk duk cicah pcuk ubi nga smbal blacan je..

11 comments:

  1. welcome back kak Maz cyg...rindula sama akak...hehe sedapnya masak lomak ni kak..lagi pedas lagi sedap ni...:)

    ReplyDelete
  2. As salam...lama nya Maz tak dengar berita. selamat kembali berblog ehh...sebab kita suka haha nampak pulak udang maz yang besaq tu ummm masak lemak tempoyak my paberet la.

    ReplyDelete
  3. Salam pagi Minggu, Kak kalau tenguk udang Maz memang selalu akan pengsan. Weee......Kak yang duduk kat Perak belum pernah buat masakan tempoyak. Nanti kena try juga la.

    ReplyDelete
  4. Maz....mmm kak ayu dtg lagi ni....errr...menu weekend cam samer jer ar...wudang tu!!!

    ReplyDelete
  5. salam kak..lame x tengok resepi2 yg sedap dr akak...hehehe..masak lemak tempoyak udang tu feveret ank eina tuh..xde lauk lain pun xpe..itu je yg jadi pojaan hati dier...

    ReplyDelete
  6. Salam Maz, sedap masak lemak udang tu..Sori ye Maz, akak dah link kan resepi talam tu..

    ReplyDelete
  7. mas, nampak menyelerakan sekali gulai udang tu wpun dan jadi baja! lama dah kak rose x masak gulai lemak cenggini!

    ReplyDelete
  8. mazzzzzzz,rinduuunya..sehat?..
    dah dua kali akak buat red velvet resepi maz tu tapi maz tak muncul2..huhu..
    sedap maz red velvet ni kan?..i likeeee...lepas ni rajin2 le kuor resepi yg best2 ek?
    eh!lupa nak komen pasal udang tempoyak tu pulak..
    masakan ni mmg jd feveret akak sekeluarga cuma masakan org negori lain sikit la caranya kan?..

    ReplyDelete
  9. Assalam maz,
    welcome back!!.harap semua dah settle lah ..akak dah rindu dengan masakkan2 yang dimasak maz..lepas ni ligatlah ya..heheh..

    ReplyDelete
  10. maz~kwn2 semua..
    Wsalam..mksih ye sdi sngah dan tnggalkan kmen utk kita..sbuk tetap sbuk dgn urusan anak2..tpi klu ada msa yg trluang skit2 tu kita cba la update blog dan jnguk dpur kwn2..mksih atas skongan semua dan lebiuuuu u all..muahhh..

    ReplyDelete
  11. Sedapnya.. nak jadikan menu berbuka ptg ni..
    Cherita Chenta

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...