Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, March 22, 2011

Siakap Masak Bercili

Assalamualaikum..kmbli nga gmbar lelama ni..xhingat dah bila msk lauk2 ni..yg pastinya time adik2 kita dtg la sbb kita klu wkday ni jrang msk..lauk utk anak2 biasa la msk kecap je..jdi dah lama bnar la dikitar jdi indah waternya..hehe..

ni plak msk lemak pcuk paku nga udg..syur plengkap utk ikan tu..rspi kita xtlis la ye..smua teror msk2 cam ni..kita ni msk cincai2 je..sntan pun amik sntan cair je..hahaa..xgemor la plak klu lelomak sngat..

Siakap Masak Bercili
by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan siakap saiz kecil- cuci bersih, kelar dan toskan
  • 4-5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar - dihiris nipis
  • 1 biji cili hijau - dihiris
  • sedikit daun bawang - potong sederhana
  • 2-3 sudu besar sos cili
  • 1-2 sudu besar sos tomato
  • 1-2 sudu besar sos tiram
  • sedikit gula dan serbuk pati ayam sebagai perisa
  • tepung jagung secukupnya
  • minyak untuk mengoreng secukupnya (pastikan minyak yang belum digunakan)
Cara

1. Kisar cili merah, bawang merah dan bawang putih hingga hancur dengan sedikit air.


2. Lumurkan ikan sepenuhnya dengan tepung jagung.


3. Panaskan minyak (kira tenggelam ikan) dan goreng ikan dengan api sederhana hingga garing/masak dikedua belah. Angkat dan ketepikan.


4. Dengan kuali yang sama, tinggalkan minyak dalam 1/4 cawan, tumis bahan kisar tadi hingga masak. Kemudian masukkan semua jenis sos dan bawang besar. Kacau sebati.


5. Masak sehingga semua bahan mesra. Perasakan dengan sedikit gula dan serbuk pati ayam secukup rasa dan kacau sebati (kalau terlalu kering tambahkan air sikit dalam 3-4 sudu besar).


6. Akhir sekali masukkan cili hijau dan daun bawang. Padamkan api dan tuang atas ikan yang digoreng tadi. Siap.

rspi ni pun main humban je ikut apa stok yg ada..sbb kita ni jrang msk..tpi stok lauk2 tu sntiasa ada lam pti sbb adik kita nga isterinya stiap hri mngu dtg umah..

1 comment:

  1. nyumm!! tun suka makan ikan siakap.. lagi2 bila goreng.. sgt terliur dibuatnyer.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...