Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, May 19, 2016

Ais Krim Santan Pulut Thai..Resipi Bersama SAJI Mei

Assalamualaikum w.b.t
'Rabbana aatina min ladunka rahmatan wa hayyi' lana min amrina rashada' (Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami (Al-Kahfi - ayat 10) sunnah Rasulullah saw baca surah Al-Kahfi pada malam atau hari jumaat, setidaknya 10 ayat pertama, sama2 kita amalkan..semoga Allah swt accept our doa, Ameen. 
sbnarnya lama sngat dh kejdian eskrim ni..bln 2 lgi! buat tu sbb memang teringin nk mkn, eskrim nostalgia masa skolah rendah..tpi bila pihak SAJI kata ok respi utk dimuat dlm SAJI Mei hritu, tu yg maz xupdate..tunggu kluar SAJI dlu, masa skolah rendah dlu selalu la duk beli eskrim pulut ni time balik skolah kat gerai makcik depan jln keretapi, memang sedap la..makcik tu buat sdrik, bayangkan masa tu tahun 80an kat kampung makcik tu bleh buat eskrim sdrik..makcik tu simpan eskrim dlm bekas mcm tong yg warna silver tu..eskrim ni dimkn dgn pulut, roti, kacang tanah dan tuang susu cair sikit atasnya..memang bleh kenyang! skrang ni dh ada balik org jual eskrim gini dgn basikal kat pasar rantau panjang, dtg dari sbelah Golok kut..rm2 secwn kecik, zaman skolah dlu bru 20sen! klu pergi sana stiap kli balik kmpung dlu mesti beli eskrim pulut ni, yg maz buat ni memang xsama rsa dgn yg makcik tu jual..yg makcik tu lgi sedap! ada bau wangi mcm ros gitu, maz ni masuk whip cream..eskrim dulu mna ada guna tu kan! sedap secara semula jadi..dh lama niat nk buat eskrim ni, tpi sbb peti asik full je..hingga la awal tahun hritu beli freezer, tu yg bru bleh buat eskrim ni dan yg kat sini jgk..biasa la duk merantau ni semua benda main frozen, dgn bunga kantannya, daun kunyit, durian dan mcm2 la..memang perlukan freezer, selamat berhujung minggu..maaf atas silap yg ada, Inysaa Allah jumpa lagi..

AIS KRIM SANTAN PULUT THAI by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 800ml santan pekat 
  • 150g gula kastor
  • 100ml susu pekat
  • 240ml whipping cream
  • 1/4 sudu kecil garam
Bahan Lain
  • 1 cawan beras pulut 
  • 1 helai daun pandan
  • kacang tanah goreng tanpa minyak - tumbuk
  • roti keping - dadu
  • susu cair - option
Cara

1. Dalam periuk satukan santan dan gula, masak sekejap sambil dikacau selalu agar santan tidak pecah minyak, masukkan semua bahan lain, padamkan api.
2. Masukkan dalam bekas dan putar selama 2-3 minit, simpan disejuk beku hingga aiskrim keras sedikit, keluarkan aiskrim dan  putar lagi selama 2-3 minit hingga berkrim.
3. Masukkan dalam sejuk beku selama 5-6 jam atau hingga ais krim sedia untuk diguna.
4. Masak pulut seperti biasa dengan daun pandan, bila nak hidang, masukkan 1 sudu pulut dalam gelas atau mangkuk, sedikit roti dan ais krim secukupnya, tabur kacang tanah dan boleh tuang sedikit susu cair.

sapa yg pernah rasa eskrim ni mesti tau betapa sedapnya, 2 mangkuk pun bleh hbis..klu nk sedap kena guna santan segar la ye, terasa bau santan bila mkn tu..cuma versi skrang dh dimodenkan letak mcm2, ada biji sagu besar yg warna warni tu..jagung, cendol la..mcm yg kat sunway piramid, tpi bgi maz yg ori gini jgk yg paling sedapp!

2 comments:

  1. Rajin Maz buat aiskrim.... kreatif sungguh!

    ReplyDelete
  2. Assalam maz
    Ice cream yg maz maksudkan ni akak pernah rasa ..bila pergi ke kelantan tahun lepas..memang sedap sangat..macam2 condimentsnya...kacang, coklat, jagung, pulut, entah apa lagi dah lupa..murah pun ya..ice creamnya lemak bersantan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...