Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, May 24, 2016

Mee Bandung Kuah Kacang

Assalamualaikum w.b.t 
Dari Aisyah ra : 'Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan solat sunnat Fajr samada semasa di rumah atau dalam perjalanan' "Sadba Rasulullah saw, 2 rakaat sunnat Fajr (sebelum solat subuh) adalah lebih baik dari segala isi dunia, Sahih Muslim", semoga kita istiqomah dan Allah swt bless us, guide us to the right path dan grant us, all our parents ultimately Jannah, Ameen.
hritu mee goreng kuah kacang, ni versi mee bandung kuah kacang plak..lama dh juga xbuat mee berkuah ni, serius..teramat la sedapnya mee bandung ni! tu je yg bleh ckp, selebihnya biar gambar yg berbicara org kata..sbnarnya xde idea! mata pun dh berat ni, tpi memang sedap..kuah kacang dgn mee memang kena la, Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas atas kekurangan yg ada..

MEE BANDUNG KUAH KACANG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2kg daging - potong kasar
  • 1 labu bawang besar bombay *
  • 1 ulas bawang *
  • 1/4 cawan udang kering geragau * @ 1 sb udang kering
  • 1/2 cawan cili kisar
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 cawan kacang tanah - goreng tanpa minyak, tumbuk halus
  • 2 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan air
  • sedikit nisan
  • garam, gula dan aji jika suka
  • sedikit minyak untuk menumis
  • mee kuning 
  • sawi, taugeh  -celur sekejap
  • daun bawang, telur rebus, cili merah, bawang goreng
Cara

1. Rebus daging dengan air secukupnya (dalam 2 liter) hingga lembut (maz rebus guna periuk tekanan), asingkan daging dan hiris nipis, simpan air rebusan.
2. Kisar lumat bahan bertanda *, panaskan minyak untuk menumis dan tumis bahan kisar biar naik bau.
3. Masukkan cili kisar, tumis biar pecah minyak, masukkan sos tomato, air rebusan daging dan kacang tanah, masak biar mendidih lama sikit dengan api sederhana.
4. Masukkan nisan, dan perasa secukup rasa, masukkan air bancuhan tepung jagung dan masak biar kuah pekat dan kacang masak.
5. Boleh la hidang bersama mee, daging hiris dan bahan sampingan yang lain.

kuahnya yg manis dan lemak kacang memang xckup 1 mangkuk ni..biasa guna air rebusan udang atau daging je, ubah selera buat versi kuah kacang plak..ternyata sedap sungguh la, utk menu berbuka nti pun sesuai sangat..

1 comment:

  1. Masha Allah.... cantiknya! Bila rezeki nak datang ni...nak merasa barang semulut! Nampak sedap sangat!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...