Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, May 24, 2016

Kayu Manis Cheese

 Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nabi Yunus as ketika dlm perut ikan, sama2 kita amal baca dikala keresahan atau dlm masalah, semoga Allah SWT always protect us, our loved and keep us safe, Ameen.
lgi kue hasil dri roti, rajin plak duk berexperimen dgn roti lately ni..bkn apa, sbbnya mudah guna roti ni..bleh pelbagaikan jdi mcm2 menu..kira kue express la kan, klu ada tetamu mengejut tu bleh la godek roti jdikan hidangan..kat sini pun ada kue hasil dri roti yg sblum ni, bleh belek kat label roti jgk atau kuih muih..mna thu mungkin ada yg berkenan deh! bleh la buat nti..kejadian kayu manis ni kes nk perhbis roti la, buat 2 minggu sudah..klu jenis goreng celup breadcrumb tu ank2 xminat la plak..kbetulan cheedar cheese pun bnyk, dh buka bnyk hri..kang berkulat plak, lalu jdi la roti gulung kayu manis ni..kue ringkas yg sedap, kat rmah ni semua fanatik dgn serbuk kayu manis..suka baunya, pastu dh biasa duk minum chai atau teh arab msuk buah pelaga dgn serbuk kayu manis, sedap! semoga jumpa lagi, Inysaa Allah dan maaf atas apa yg tidak sempurna..

KAYU MANIS CHEESE by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • roti keping - canai biar nipis
  • cheedar cheese secukupnya - parut kasar
  • mentega secukupnya - cairkan
  • serbuk kayu manis
  • gula kastor
  • secubit garam
Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C, sediakan loyang yang dialas dengan kertas baking.
2. Sebatikan serbuk kayu manis, gula kastor dan secubit garam, ketepikan.
3. Ambil sekeping roti, letak sedikit cheese kat tengah roti, janagn letak sampai ke hujung ye (bila masuk oven cheese akan cair) sapu air kat hujung roti dan gulung biar kemas, buat sampai habis.
4. Celup roti dalam mentega cair, golek dalam no 2 dan susun dalam loyang.
5. Masukkan dalam oven, bakar selama 15 minit atau biar perang.
6. Boleh la dihidang ketika masih panas.

Nota ilhamdapur : roti tu kalau nak buang kerak tepi pun boleh, maz tak buang pon, bahan untuk golek roti tu, biar serbuk kayu manis banyak dari gula, baru nampak warna gelap gitu, kalau banyak gula nanti manis sangat plak.

xthu nk letak nama apa, hentam je la labu buh kayu manis..sbb gaul dlm serbuk kayu manis dan rupe pun mcm kayu manis dh!..mkn yg pnas2 memang sedap, rangup diluar..dlmnya lembut dgn cheese yg meleleh, nikmatnya layan dgn secwn teh O atau kopi..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...