Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, May 25, 2016

Udang Tempura Sos Manis

 Assalamualaikum w.b.t
'Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardi wala fis sama' wa huwa sami'un alim' (Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit selagi bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui), sama2 kita amal baca doa ni 3x pagi dan 3x petang, sunnah Rasulullah saw..semoga Allah swt protect us, our families and always keep us safe, Ameen.
bertemu skli lagi wpun dh agak lewat, antara lauk yg sentiasa mendpt sambutan kat rumah..jenis sos manis gini, klu sblum ni kerap duk buat masam manis..ni versi lagi mudah, xde tumis apa..memang sedap la dpt dgn nasi panas..xpyah lauk lain dah, ilham dari ayam krispy ni..yg versi ayam tu pun dh ulang buat 3x, ni guna udang tempura plak..maz guna tepung segera gogi je, mcm buat udang celup tepung gogi yg kat sini..resipi yg ckup mudah dan enak, terima kasih pada yg sudi singgah dapur kecik ni..semoga ada yg dpt dimanafaat bersama, Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas silap yg ada..

posing la jgk sblum masuk molot, memang sedap la..sosnya yg manis berkaramel dan ada sedikit aroma minyak bijan menambat selera betul..

UDANG TEMPURA SOS MANIS by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 15 ekor udang saiz sederhana 
  • 1/2 paket tepung tempura gogi
  • sedikit pewarna kuning - jika perlu
  • air secukupnya
  • minyak untuk mengoreng secukupnya 
Sos Manis
  • 1/2 cawan sos manis thai @ apa2 sos pencicah
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • gula secukup rasa - jika perlu
  • 2 titik minyak bijan
Cara

1. Buang kulit udang dan urat belakang, tinggal ekor je, toskan biar kering.
2. Bancuh tepung gogi dengan air dan pewarna kuning biar pekat, kira bila celup udang tu bersalut tebal.
3. Panaskan minyak secukupnya, pegang ekor dan celup dalam tepung, goreng biar sedikit perang dikedua bahagian, angkat dan toskan.
4. Untuk sos, satukan semua bahan, panaskan kuali lain dan masukkan sos tadi, masak biar berbuih-buih, titikkan sedikit minyak bijan, masukkan udang dan sebatikan hingga kuah kering sikit, padamkan api.

lauk sedap yg xperlu duk lama kat dapur, anak2 mkn sampai menjilat jari..

2 comments:

  1. Assalam fren..
    Udang tempura ni makan camtu jer pun dah cukup sedap kan..kalau ada pencicah lagilah sedapppppp..

    ReplyDelete
  2. Udang tempura, mmg tk pernah tolak
    Anytime anywhere bukan saja anak2 mak anak pun suka ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...