Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, May 2, 2016

Mee Goreng Kuah Kacang

 Assalamualaikum w.b.t 
'Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil 'akhirati hasanatan waqina 'adzaaban-nar' (Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka) Al Baqarah - 201, doa indah yg penuh dgn makna dan disukai oleh Rasulullah saw (Bukhari & Muslim) dan yg selalu kita amal baca selepas solat atau boleh baca bila-bila masa, semoga Allah SWT give us His mercy and forgiveness on the day we will need, Ameen.
bertemu skli lagi, rasa liat la plak nk duk depan lappy ni..gmbar masih berderet2 dlm folder, Alhamdulillah ada rezeki dpt msak selalu..menu diet pun bnyk jgk lgi tu, 1st time buat mee goreng masuk kuah kacang ni! sbnarnya nk mkn mee goreng mamak, masa kat Msia dlu ada la jgk kekadang tu mkn mee goreng mamak dgn kakak2 surau kat bawah pkok org yg jual dgn lori kecik skli dgn rojak tu..biasanya mee goreng mamak masuk tauhu hancur deh! tpi stok tauhu plak xde, kbetulan ada kuah kacang lebih sikit..jdi buh je la dlm mee ni, sedapp rupenya goreng mee letak kuah kacang! xrasa pun kuah kacang, cuma rsa lemak2 sedap plak bila terkunyah kacang tu..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak sempurna..

MEE GORENG KUAH KACANG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g mee kuning 
  • 3 ekor sotong
  • 1 mangkuk kecil isi ayam
  • 1 biji telur - kocok dengan garfu
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1/4 cawan kuah kacang
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • kicap manis/masin/pekat secukupnya
  • sedikit gula/garam - jika perlu
  • sawi, taugeh, daun bawang, cili merah, bawang goreng
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Panaskan sedikit minyak, masukkan telur dan masak buat telur hancur, angkat dan ketepikan.
2. Dengan kuali yang sama, panaskan sedikit minyak lagi, tumis bawang putih sekejap, masukkan cili kisar (masa ni guna api besar 5-6 saat sambil dikacau), kemudian masukkan isi ayam, kacau balik biar ayam masak, masukkan sotong.
3. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap dan air secukupnya (agak-agak la ye), masukkan kuah kacang dan perasa secukup rasa.
4. Masukkan mee, sawi, telur hancur tadi, masak biar sedikir kering, akhir sekali masukkan taugeh, kacau balik sekejap lagi, padamkan api.
5. Boleh la dihidang bersama daun bawang, bawang goreng dan cili potong.

 klu beli sate kat pasar mlm ke, ada kuah lebih tu jgn buang..bleh la try buat goreng mee, sedap tau..

4 comments:

  1. salam fren...Liza pun mmg pernah grg mee ngn kuah kacang ni, mmg sedap kan, tetiba terliur,hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam fren..
      ooo..kita je la yg jakun..1st time merasanya, memang sedap kan..klu ada kuah kacang lebih pahni bleh wak goreng mee la kan..

      Delete
  2. Salam kak maz.. sedap betul nmpk mee kak maz nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam Tun,
      sdp la Tun mee greng masuk kuah kacang ni..nti cri mee bleh la try ye..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...