Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, May 13, 2016

Murtabak Roti Express

Assalamualaikum w.b.t 
'Rabbana aatina min ladunka rahmatan wa hayyi' lana min amrina rashada' (Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami (Al-Kahfi - ayat 10) sunnah Rasulullah saw baca surah Al-Kahfi pada malam atau hari jumaat, setidaknya 10 ayat pertama, sama2 kita amalkan..semoga Allah swt bless and give us mercy, Ameen. 
bertemu skli lgi dipgi jumaat yg indah, Alhamdulillah atas segala nikmatNya..amik msa la kjap dlu sblum kluar sat lgi, suami kat sblah duk tnya dh tu nk g jln mana hri ni..maklum la negara pun kecik je, hbis tempat dh pusing..balik2 msuk mall je la, jom layan murtbak expres ni la dlu..semudah ABC jgk ni, biasa la tukang masak ni suka bnar la klu jenis cepat dimsak sedap dimkn gni..1 lgi hasil berexpiremn dgn roti, sbnranya malas nk tebar murtbak deh! hemtam je la labu murtbak tampal kat kuali ni, sedap dan teramat mudahnya..5 minit bleh siap! bleh buat anytime, rsa pun xkurang hebatnya..bleh jdi kuih dikala kecemasan, utk rspi kat bwah bleh dpt 2 biji saiz pingan lauk..terima kasih sekli lagi pada yg sudi singgah dapur kecik ni..semoga ada yg dpt dimanafaat bersama dan mohon maaf atas kekurangan yg ada, Inysaa Allah jumpa lagi..

MURTABAK ROTI EXPRESS by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (2 biji)
  • 4-5 biji telur
  • 4 keping roti - koyak-koyak
  • 3 batang sosej - hiris nipis/cincang
  • 1/2 sudu kecil serbuk kari
  • 2 sudu besar susu segar
  • 1 biji cili merah
  • sedikit daun bawang
  • sedikit bawang besar - cincang
  • sedikit aji/serbuk pati
  • sedikit garam
  • secubit gula
  • sedikit minyak sayur/masak
Cara

1. Dalam mangkuk, satukan semua bahan kecuali roti, kocok sebati dengan garfu.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali non stick, masukkan roti dalam telur dan sebatikan ,tuang dalam kuali, tekan sikit biar kemas dan nipis bentuk bulat atau 4 segi ke, terpulang la ye, masak 2 minit setiap bahagian atau hingga perang, boleh la dihidang bersama sos pilihan.

Nota ilhamdapur : selain sosej, boleh juga guna jejari ketam atau daging burger, kalau daging burger kena masak la dulu sekejap atau masuk dalam microwave, pastu hancurkan, untuk bahan perasa tu, agak-agak la ye secukup rasa.

xleh nk posing lebih2, kang sjuk xsedap mkn plak deh..maz letak sosej je, klu nk letak crab stick atau daging burger pun bleh...klu daging burger ni kena masak la dlu dlu skjap atau masuk dlm microwave je..pastu kacau je la skli dgn telur, klu xde idea utk kunyah ptg2, bleh la try murtabak roti express ni..

4 comments:

  1. express pun express laaa.... janji sodap, tapi biasanya yang ekspress itulah yang menggamit selera he he heee

    ReplyDelete
  2. T.kasih nmpak sedap sgt, mesti cuba ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...