Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, May 4, 2016

Roti John Cheese Lagi

Assalamualaikum w.b.t 
Dari Aisyah ra : 'Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan solat sunnat Fajr samada semasa di rumah atau dalam perjalanan' "Sadba Rasulullah saw, 2 rakaat sunnat Fajr (sebelum solat subuh) adalah lebih baik dari segala isi dunia, Sahih Muslim", semoga kita istiqomah dan Allah swt bless us, guide us to the right path dan grant us, all our parents ultimately Jannah, Ameen.
kejap menu diet, pahtu menu sedap plak! mna 1 ni deh..sbnarnya saja selang seli xnk update menu diet je hri2, roti john ni abangngah la yg mtak..buat la 2 biji, sblum ni pun dh ada updated roti john bercheese ni..tpi klu ikut diet atkins cheese bleh mkn, cuma jgn mkn bnyk la..yg bahaya sangatnya jenis berkarbo, mcm roti tu..memang kandungan karbohidratnya lebih tinggi dri 1 senduk nasi tau, mee pun sama..tingginya kandungan karbo..sbb tu org2 dedulu wpun mkn nasi 3x shri, tpi xde la obes kan! sbb mereka xamik makan lain, kita ni mkn mcm2..tgk roti john pepagi ni duk telan ayer liuq la plak, memang sedap klu dpt yg panas2 tu..klu blum ada idea utk kue ptg nti, bleh la buat roti john ke..klu nk lgi senang oder je la kat pasar mlm deh, Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas silap yg ada..

sos letak bbq jgk skit selain dri mayo dan sos cili, pastu cheese maz guna mixed cheese..xthu la mcmana roti ni dpt nama, mungkin sbb guna roti lonjong kut..jdi disingkatkan jdi la john je, ni teori pepandai sdrik la ye..

ROTI JOHN CHEESE LAGI by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan             
  • 1 mangkuk kecil isi ayam/daging  kisar
  • 2 sudu besar serbuk kari - bancuh dengan air sikit
  • 2 labu bawang besar bombay - cincang
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 2 biji ubi kentang - dadu kecil
  • gula, garam secukup rasa
  • telur
  • kobis - hiris halus
  • bawang besar - hiris halus
  • monterey jack dan mozarella cheese secukupnya
  • roti john - belah 2
  • sedikit mentega, sapu pada roti - option
  • bbq sos, mayonis, sos cili
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Panaskan minyak, masukkan 1 sudu besar bawang besar cincang dan bawang putih, tumis sekejap biar naik bau, kemudian masukkan serbuk kari.
2. Masukkan daging kisar, sebatikan dan masak biar bertukar warna atau daging masak, masukkan air secukupnya, ubi kentang, perasa secukup rasa dan masak hingga ubi lembut.
3. Masukkan bawang besar cincang, masak biar kering, sejukkan.
4. Dalam mangkuk, pecahkan telur, masukkan inti secukupnya dan sebatikan.
5. Panaskan kuali non stick, letak roti yang disapu mentega sekejap biar perang sikit, buat sampai habis.
6. Dengan kuali yang sama, ratakan inti secukupnya (ikut saiz roti), bila dah masak sikit letakkan roti dan tekat sikit biar melekat, masak sekajap lagi kemudian angkat, buat sampai habis.
7. Letak kobis, bawang besar dan cheese secukupnya, susun dalam loyang dan masukkan dalam oven yang telah dipanaskan dulu 180 C (maz guna api atas saja dan letak rak paling atas) biar 4-5 minit atau cheese cair.
8. Tuang sos secukupnya, tabur sedikit daun bawang jika suka dan sedia untuk dihidang.

menu mudah nk sedia dan sedap dimkn, inti tu bleh buat awal2..maz guna inti karipap je, memang ada yg frozen..pastu bancuh dgn telur, tampal je la kat kuali deh! roti john dh memang sedap, ada plak cheese lgi la mouthwatering klu mkn yg panas2 tu..pakat tarik la 1 sorang deh..

10 comments:

  1. Lum pernah lagi wat roti john...tapi anak2 semua suka makan. Ni nak kena tutorial dengan Maz ni...he he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pon buat sdrik ni kak sbb xde org jual kat sni..klu ada psar mlm rsanya memang xbuat kut..kihkihh..

      Delete
  2. Assalam Maz,
    waduh roti john ada cheese...sedappp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam kak..
      selalu roti john biasa je, skli skala omputihkan lagi menu ni dgn cheese ye kak...sedap klu yg masih panas2 dgn cheese yg meleleh tu kan...

      Delete
  3. Assalam fren,
    Bape hengget roti john camtu kat 'pasar malam'bahrain hahahaa..mewah tul toppingnya tu kikiii

    Re:
    A..ah fren bz membaking arini...fb pun xsempat nk jengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam fren..
      xternilai la reganya tu fren..kihkihhh..kedai sdrik kita buh la lebih2 skit deh
      Alhamdulillah, masyuk tu...

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Roti john guna cheese apa ye nk kasi sedap 😀

    ReplyDelete
  7. Roti john guna cheese apa ye nk kasi sedap 😀

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...