Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, April 26, 2010

Okonomiyaki @ Pizza Jepun

Assalamualaikum...pada yg sdang brsrapan tu..slmat mnjamu slera ye!! menu apa la agaknya bkpes pgi ni...kita milo cicah rti jee!! ok la okonomiyaki atau pza jepun ni kita buat ptg jumaat lgi...adoiiii trbelit2 lidah ni nk nyebutnya tu!! hihi...kuih ptg utk anak2...tpi yg mkn cma aiman dan alisa je...adik afiq ni masih susah lagi bab mkn2 ni..memilih sngat!! pza ni rasanya seakan2 takoyaki jgk...sedapppp!! cma bntuk je lain..dri sgi bhn2 yg digunakan pun lebih kurang sma je...rspi dari dpur Ros Jintanmanis..mksih ye ros..mtak izin nk letak rspi kat sni plak...ok insyaallah jmpa lgi tghri nti..kita nk bwa adik afiq p klnik dlu..dia batuk..
utk adunan ni dpt la 2 bjik...kita buat bsr2...nak cpat siap!! dpur ros memang bnyk menu jepun ni..klu ada kwn2 yg nak cuba msk mskan jepun bleh la slongkar umah ros ye..
Sumber Resipi : Ros (Jintanmanis)Bahan-bahanya

Untuk bancuhan tepung okonomiyaki ( menghasilkan 4 ke 5 okonomiyaki saiz sederhana)

  • 120gram tepung gandum+1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 150ml air
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil serbuk dashi ( ni kalau takde pun takpe ) - xbuh sbb xde
Bahan Campuran
  • 150gram kobis yang dicincang halus
  • 3 sudu besar sakura ebi ( udang geragau) - xletak
  • sedikit hirisan daun bawang
  • 1batang chikua ( ala-ala fish cake), dihiris halus -xletak
  • 1/2 cawan tenkasu ( adunan tempura digoreng kosong) -kita buh udang segar
    ( boleh juga tambah hirisan sotong atau udang basah)
  • sedikit minyak masak dan beberapa titik minyak bijan
Untuk topping
  • Aosa ( serbuk daun hijau)
  • Bonito Flakes
  • Sos Okonomiyaki
  • Mayonis
Cara-caranya

1. Campurkan tepung gandum, garam, serbuk dashi dan baking powder, kemudian bancuh bersama air dan telur, kacau sebati.

2. Kemudian masukkan kobis, hirisan daun bawang, tenkasu, udang geragau dan chikua, kacau dan pastikan semua nya digaul mesra.

3. Ambil fry pan dan letakkan sedikit minyak masak dan masukkan beberapa titik minyak bijan, ( kuantiti minyak ni sikit je guna, macam kita nak goreng telur dadar tu), setelah minyak dan fry pan panas cedokkan 1 1\2 senduk adunan dan letakkan di tengah-tengah fry pan, jika fry pan besar boleh buat dua okonomiyaki sekali gus.

4. Biarkan seketika, bila pemukaan bawah agak perang, terbalikkan perlahan-lahan dan biarkan masak sekata, Ulang langkah tadi sehingga adunan habis.

5. Toppingkan okonomiyaki dengan sos okonomiyaki, sapukan rata dan tabur dengan aosa, paipkan moyonis dan tabur dengan bonito flakes, sedia untuk dihidangkan panas-panas, selamat mencuba.

- Boleh lihat gambar di bawah sebagai rujukan cara-cara masak okonomiyaki ni : )

3 comments:

  1. salam kak maz, fuh nak membace bahan topping pung terbelit lidah..hikhik

    ReplyDelete
  2. Takoyaki pun tak buat lagi, ni dah keluar pulak okonomiyaki, mmm ma angkat kaki la macam ni.....

    ReplyDelete
  3. peliknya nama camne nak buat n cari bahan ni....maz bleh tolong suggest x ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...