Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, December 27, 2010

Donat

Assalamualaikum..kue srpan aiman n afiq pgi sbtu yg lalu..kue2 lain xde smbutan..donat jgk la yg anak2 suke..buat donat dlm cuaca sjuk jdi bowl tu kita letak sblah heater nk sruh doh tu naik..rspi ni lebih kurang donat yg buat sblum ni je..main buat agak2 gtuw..maleh nk mncari rspi..

Bahan-bahan

  • 1 3/4 tepung gandum - maz guna tepung serba guna (allpurpose flour)
  • 100ml air suam *
  • 2 sudu kecil yis kering - maz guna jenama mauripan *
  • 1 sudu besar gula *
  • 5 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar minyak sayur
  • 1/4 sudu kecil garam
  • gula halus seckupnya - untuk salut pada donat
  • minyak masak secukupnya - untuk mengoreng

Cara-cara

1. Dalam mangkuk satukan bahan-bahan yang bertanda *. Biarkan seketika (2-3 minit), kemudian masukkan minyak sayur dan kacau sikit guna garfu.

2. Satukan tepung, garam dan susu tepung. Masukkan sedikit-sedikit kedalam no 1 sambil dikacau guna garfu (kacau buat bulatan jam) sehingga adunan tadi bersatu (menjadi seketul) tapi tidak keras. Kemudian boleh la diuli dengan tangan sehingga adunan menjadi licin dan tidak melekat pada tangan (kalau lembik tambah tepung sikit-sikit je, sapu kat tangan gtuw).

3. Tutup mangkuk dengan plastik wrap atau kitchen towel dan biarkan selama 30-40 minit atau naik 1x ganda. Kemudian tumbuk-tumbuk sedikit doh yang telah naik tadi.

4. Ambil doh dan bulat-bulatkan sebesar bola ping pong dan susun dalam loyang yang telah ditabur dengan sedikit tepung. Bulatkan sampai habis, kemudian tutup loyang dengan towel/plastik dan rehatkan lagi sekitar 10-15 minit.

6. Panaskan minyak dalam kuali dan amik doh yang dibulat tadi, guna hujung ibu jari tarik perlahan-lahan buat lubang ditengahnya, kemudian boleh lah digoreng sebiji-sebiji hingga sedikit keperangan sambil simbah minyak panas ke atasnya (supaya ianya jadi kembang dan lembut). Angkat dan toskan dan golek-golek dalam guna halus. Buat sampai habis. Siap..

4 comments:

  1. gebunya donat tuh.. kalau makan banyak konpom gebu macam donat gak.. tu kes saya lah.. :)

    ReplyDelete
  2. Maz kat Bahrain erk...sejukk gak dah sana ya..Jepun pun sejukkk..nak meroti pun susah...tak mau kembang roti2 ida
    Good idea la Maz letak bowl tu dekat ngan heater..lain kali bole try cara Maz..Gebusss je nmpk donut tu...betul la, donut ni mmg bebudak suka sgt kan..
    Mcm2 jer menu kuar dr dapur maz ni..rajin betul

    ReplyDelete
  3. perrhhh...cantik dan nmpk gebu jer donat tu.....

    ReplyDelete
  4. 2 Hann..Ida & Mas..
    Mksih smua sudi sngah dan tnggalkan komen utk kita..sdpp donat ni..lembut dan gebuss wpun kita mian tuang2 je..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...