Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, June 28, 2010

Asam Pedas Rebus Ikan Siakap

ni salah satu lauk yg kita msk msa jmput ayah dan mak mrtua adik kita mkn mlm kat umah hri isnin lepas lgi!! mnu trtunggakkk..lauk2 lain 3-4 jnis lgi tu kita tak smpat nk snap...Ma kita kita pun suke klu msk asam2 mcm ni..ikan siakap ni memang sdp wpun dimsk dgn cara yg ringkas...sbb isinya tu lembut dan lemak gtuw...kita msk cara kita yg simple2 aje ni...tapi memang sdpppp..smua suke...rspi dah pernah letak sblum ni...takpe la kita tepek skli lgi ye..

kita memang sukee sngat msk asam rebus mcm ni...tak muak kan..

Sumber Resipi : Ilham Dapur
Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan siakap - cuci bersih dan potong 3 (boleh ganti dengan ikan jenis lain jugak)
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 1 inci lengkus muda *
  • 4 biji cili padi merah *
  • 2 sudu besar cili kering mesin (rebus cili kering dan blandkan)
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 10 tangkai daun kesum - ambil yang lembut je
  • 6 biji kacang bendi
  • 2-3 keping asam keping
  • 3 cawan air
  • sedikit gula, garam dan aji - sebagai perasa


Cara-cara

1. Tumbuk atau kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.

2. Dalam periuk masukkan air dan bahan-bahan yang dikisar tadi beserta dengan asam keping, cili kering, bunga kantan dan daun kesum. Masak hingga mendidih.

3. Kemudian masukkan ikan. Perasakan sesedap rasa, biar ada rasa masam yang sedikit menyerlah. Masukkan kacang bendi.

4. Masak dengan api perlahan agak isi ikan masak sekata dan tidak hancur. Masak sekitar 8-10 minit saja kerana isi ikan siakap lembut dan cepat masak. Padamkan api. Siap..SEDAPPP...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...