Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, June 10, 2010

Kuzi Ayam

Assalamualaikum..bersua skli lgi...pestime kita msk kuzi ni...ni pun sbb nak rsmikan safron yg kita bwa blik dri bahrain...dah stngah thun blik msia bru trgerak ati nk cuba msk kuzi...tu sbb sayang tkut safron kita tu expired!! ok la ayam kuzi ni kita amik rspi dari Kak Liza @ Chef Hanieliza yg dah xasing lgi dikalangan kita smua...rspi Kak Liza ni memang kbnyakan bhn2 yg digunakan simple2 aje dan nk sdiakan pun xsusah mana...tapi tetap mabeles...cma kita xde rempah kuzi jdi terpaksa la buat rempah sdri!! mksih kak utk rspi yg enak ni...kita buat skit je...4 ktoi ayam..tu je stok ayam yg ada lam pti...mls nk p beli..mtak izin nak letak kat sni plak ye...

safronnya...kat bahrain pun menda ni mahal jgk..ingatkan murah je..1 pek tu kita bli dulu 3 dinar...lebih kurang 30 hengit la...mahal kan...ciput je tu...

Sumber Resipi : Kak Liza @ Chef Hanieliza
Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam
  • 1 cawan susu cair
  • 2 s/b rempah kuzi - kita guna rempah kari 1 sudu + rempah kuzi yg kita buat tu
  • 5 biji cili merah
  • 2 biji tomato buah [belah 4]
  • 1 labu bawang besar [belah 4]
  • 2 s/b kismis
  • 1 sudu kecil safron - ni kita tambah sendiri
  • 1 cawan sos tomato - kita guna tomato puri
  • garam & gula
  • kunyit
  • minyak
  • Bahan Mesin

    • 5 ulas bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 5 cm halia
    • 1 cawan bawang goreng
    • 5 biji cili merah

    Cara

    1. Ayam dibersihkan dan gaulkan garam dan kunyit. Goreng 3/4 masak. Ketepikan.
    2. Gunakan 3 s/b minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
    3. Masukkan rempah kuzi dan sos tomato. Kacau rata.
    4. Masukkan ayam, susu cair, kismis, tomato buah, bawang besar dan cili merah. Kacau rata dan biarkan sehingga naik minyak.
    5. Hidangkan dengan nasi minyak/nasi putih atau roti.

    Ini dia bahan untuk rempah kuzi..jumpa kat ..BAHAN REMPAH KUZI tapi kakliza pun tak pernah buat..sebab mmg dah ada stok rempah kuzi dari Kelantan...

    BAHAN REMPAH KUZI - bagi yang takde, jadi boleh buat sendiri

    • 1 sudu teh ketumbar
    • 2 sudu teh jintan manis
    • 2 sudu teh jintan putih
    • 2 sudu teh biji piun <--sorila kakliza pun tak tahu camner rupa...( kita pun tak letak)
    • 1 biji cabai
    • 2 kelopak bunga lawang
    • 1 hiris buah pala - xde
    • 1/2 inci halia putih <--- ni pun kkliza x pernah jumpa (xde jgk)
    • 1 inci kulit kayu manis
    • 5 kuntum bunga cengkih
    • 2 biji cili kering
    • 1 inci halia
    • Cara:

      Rempah-rempah yang di atas digoreng tanpa minyak, dimesin kering hingga halus.

      No comments:

      Post a Comment

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...