Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, June 18, 2010

Cucur Taugeh

ni kuih minggu lepas lgi..kita suke kuih2 mcm ni..kna plak dgn sosnya...memang mkn xingat apa dah...hehe..tapi memang sedapppp..nak2 klu digoreng garing skit....krup krap taugehnya tu...rspi kat bawah ni kna agak2 la ye..kita buat xsukat...tapi cucurnya memang lembut didalam dan rangup kat luar...

sedap niiii kita mkn hbis 6 bijikk...hehe..

Sumber Resipi : Ilham Dapur
Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 10 ekor udang - buang semua kulit dan potong kecik-kecik
  • 1 mangkuk besar taugeh
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1/4 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna kuning
  • minyak untuk mengoreng
Cara-cara

1. Satukan tepung, baking powder, garam dan isi udang. Kemudian masukkan air secara sikit-sikit sambil dikacau agar tidak berketul (kacau buat bulatan jam). Masukkan sedikit pewarna dan kacau sekata. Akhir sekali masukkan taugeh balik-balikan dan biarkan dulu seketika sebelum digoreng dalam 5-6 minit.
Bancuhan ni tidak terlalu pekat ye..lembut sikit dari bancuhan cekodok.

2. Panaskan minyak dan sendukkan adunan dengan sudu, goreng sampai kekuningan. Angkat dan toskan. Boleh la dihidangkan dengan sos kegemaran...

Sos Pencicah
  • 10 biji cili merah
  • 1-2 ulas bawang putih
  • 1 1/2-2 cawan air
  • 3-4 sudu besar sos pencicah yang manis - any brand, kita guna sos pencicah makanan lauk jenama Kak Su - tujuannya untuk memekatkan sos (kalau takde boleh ganti dengan sos cili/sos tomato)
  • gula secukupnya dan sedikit garam

Cara-cara

1. Kisar cili merah dan bawang putih bersama dengan air hingga hancur.

2. Masukkan dalam periuk, masukkan sos pencicah, gula dan secubit garam. Masak sehingga mendidih atas api sederhana. Perasakan agar ada rasa manis yang sedikit menyerlah ( Kalau pekat boleh la tambah air sikit lagi, kalau cair biarkan sejuk dulu sekejap, nanti sos akan jadi pekat sedikit bila dah sejuk. Sedia untuk dihidangkan dengan semua jenis cucur.

2 comments:

  1. Tengah lapar macam ni, dia pergi tayang cucur taugeh pulak... esh Maz ni... suka dera orang tau!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...