Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, June 26, 2010

Laksa Kelantan

Assalamualaikum...mkn laksa la plak ye..kita sukeee!!..laksa ni kita buat hri rabu jgk...kbtulan Ma kita pun ada..jdi tu yg kita buat laksa ni...mkn ramai2 lgi sdp kan...laksa ni kita buat mcm yg prnah buat sblum2 ni...rspi dri Ma kita je...


Sumber Resipi : Ilham Dapur
Bahan-bahan
  • 1 bungkus laksa (kita guna brand twenty - ada dijual di TESCO) - rendam dulu 5 min dan rebus sehingga lembut, (kita rebus 20 min je) - jgn guna brand IKA, laksanya kurang elok dan kena rebus berjam-jam
  • 5-6 ekor ikan sardin @ nama lain ikan selayang, ikan kembung pun boleh saiz sederhana - cuci bersih-bersih
  • 3-4 cawan santan dari 1 biji kelapa
  • 4 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • garam, gula dan pak aji - sebagai perasa
  • 2-3 keping asam keping
  • ulaman seperti kubis, timun dan sebagainya, hiris nipis-nipis - kita guna daun kesum, kacang panjang dan taugeh
  • 15 biji cili padi merah + 1 inci belacan - dikisar kering (sambal untuk laksa) - kalau takde ni tak sedap la

Cara-cara

1. Masukkan ikan yang telah dicuci bersih tadi ke dalam periuk, rebus bersama 1 cawan air, 3 keping asam keping, 1/2 sudu besar gula, 1/2 sudu kecil garam, sedikit pak aji dan sedikit nesan sebesar ibu jari (gula melaka). Rebus sampai ikan masak, sejukkan dulu dan bolehkan dibuang tulangnya. Air rebusan ikan ni jangan dibuang, simpan. Ketepikan

2. Bland ikan rebus yang telah dibuang tulang tadi bersama dengan 2 cawan santan, bawang merah dan halia sampai hancur .

3. Dalam periuk masukkan bahan yang telah dibland tadi, asam keping dan air rebusan ikan tadi serta baki 2 cawan santan lagi. Masak sampai mendidih. Kemudian masukkan sedikit garam, gula, pak aji dan perasakan secukup rasa. Biar ada rasa masam yang sedikit menyerlah dan seimbang. Masak dengan api perlahan buat seketika lagi agar kuah menjadi sedikit pekat. Padamkan api.

4. Masukkan laksa dalam mangkuk beserta kuahnya dan boleh lah dihidang bersama dengan ulaman. Sedapppppp...

4 comments:

  1. salam kak maz...
    Erkk, kak ummi kata, kak maz lebih setahun je umur dari saya..erkk, kena panggil puan lah mcm ni..hmm kecur leer tgk laksa tu..guna ikan kembong ok tak?...

    ReplyDelete
  2. SALAM MAZZ
    MINTAI MAI SEPINGGAn lapaqq nie..
    akak pula selalu guna ikan tongkolll utk buat kuah laksa dan rasanya sama jer...
    pernah 1 masa jiran tu alah z suke ikan tongkol..pastu akak tak tau dia tak suke..bila dia makan dia kata sedap dah habis 1 pinggan.. pastu ada sorg kwn tanya ikan apa akak guna sbb tulang tak dee..akak pong jwb ikan tongkol..apa lgi si kwn tu terkejut laa...tapi dah habis sepinggan maaa..dia nak tambah dah maluuu hahaha cian dia..mana akak tauuuu..janji sedap dan senang nak siang tulang nye..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...