Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, June 18, 2010

Udang Masak Masuri

Assalamualaikum...masakan yg ada rasa ala2 rendang gtuw...tapi bkn rendang..yg pasti memang sedap la bgi tekak kita ni...dengan wangi serai dan aroma daun limau purutnya cukup membangkitkan selera....memang sedap mkn dgn nasi putih panas2...ada plak ulam timun nga smbal blcan ke...mak oiiii!! bleh berpeluh2 weiii....hehe...ok la rspi ni kita main buat apa yg trlintas dipkiran...sbnarnya kita nak gna daun limau prut kita yg lebat dlm pasu tu...jdi kita cuba la buat rspi yg bleh masuk daun limau tu...jdi ni la hasilnya...tang nama tu plak tiba2 je terberkenan dgn perkataan 'mahsuri' jdi kita letak je la nama mcm tu...bleh la ye...harap2 xmendatangkan masalah atau menyinggung perasaan sapa2...insyaallah nti jmpa lagi ye..kita nk kluar p Nilai..ada lgi yg blum settle Kak Ummi oiii..jgn nangis ye kak..hehe..

Sumber Resipi : Ilham Dapur
Bahan-bahan (resipi anggaran)
  • 10 ekor udang saiz sederhana @ udang galah pun sedap
  • 4 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 inci lengkuas *
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 2 batang serai *
  • 2 sudu besar cili kering yang dikisar
  • 2 biji cili merah *
  • 3 helai daun limau purut
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • 4-5 sudu besar minyak untuk menumis
  • sedikit gula dan garam serta aji (jika suka)
Cara-cara
1. Cuci udang dan toskan.
1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda * dengan sedikit air
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan cili kering dan tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan air asam jawa
4. Masukkan santan separuh, kacau sebati biar santan pecah minyak. Masukkan undang dan daun limau purut. Balik-balikkan agar sekata. Kalau terlalu kering masukkan separuh lagi santan dan masak sehingga kuah pekat dengan api sederhana dan udang masak
5. Perasakan dengan gula dan sedikit garam serta aji (jika suka) secukup rasa agar ada rasa masam manis yang seimbang. Padam api. Siap untuk dihidang

6 comments:

  1. buat lapar perut je..pulak tu cuaca mendung2..

    ReplyDelete
  2. salam kak maz,
    kalu menu udang, memang faveret. lapar nasi rasanya...

    ReplyDelete
  3. sedapnya udang...nanti mas nak try buat la...

    ReplyDelete
  4. menjejeh dah air liuq akak ni... teringin lak nak ,akan udang sok ni..

    ReplyDelete
  5. yang 2 bantang tu, serai la kot kan???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...