Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, June 5, 2010

Pau Kacang Merah

Assalamualaikum...lama jgk dah rasanya xmengepau...jdi merajinkan dri buat pau ni..memang sdp kan klu dpt mkn pau pnas2...ada plak kopi O scwan!! nikmat snguh....mcm biasa kita buat inti kcang merah baru anak2 mkn..klu buh inti lain xde sapa yg jamah nti...rspi masih lgi gna rspi dri jejaka sedenak tu Cik Mat Gebu...mksih ye Cik Mat...memang lembut dan gebussss...putih melepak plak tu...meh amik sbjik sorang maman smbil tgk tv...hehe...rspi dah letak sblum ni...takpe lah hari ni rjin skit..kita letak lgi skli...


Sumber Resipi : Cik Mat Gebu @ Dapur Tanpa Sempadan
Bahan-Bahannya :-)
  • 240 g tepung Hong Kong/Tepung halus/tepung waterlily/tepung pau - kita guna tepung hong kong
  • 1 camca teh Double-Acting baking powder
  • 1 camca teh instant yeast
  • 1/2 camca teh garam
  • 25 g lemak sayur (shortening)
  • 100 ml air suam* - kita buh 115 ml
  • 30 g gula halus*
  • 1/2 camca teh cuka*(*disatukan, kacau hingga sebati) - tak letak
  • Inti kacang merah secukupnya atau pun ikut kegemaran masing2

Cara membuatnya :-) - kita guna BM

1. Satukan tepung, yeast, garam dan double-acting baking powder dalam satu bekas, gaul hingga rata. Tuang bahan yang disatukan sedikit demi sedikit hingga habis dalam adunan tadi sambil digaul hingga menjadi doh.


2. Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal (lebih kurang 15 minit). Masukkan dalam bekas lain, tutup permukaannya dengan plastik cling dan biar 45 minit hingga doh naik sekali ganda.

3. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan di atas kecuali "inti" ke dalam bread maker, pilih setting for dough dan tekan. Biar hingga siap.

4. Keluarkan doh, uli sekejap dan bagi kepada 10 bahagian (kurang lebih 40 g setiap bahagian) dan bulat2kan. Ambil satu, leperkan dan isi inti, tutup kemas dan bukat2kan, letak atas kertas minyak yg telah dipotong 2 inci x 2 inci dan sapu dgn sedikit lemak sayur. Buat hingga siap.

5. Rehatkan 25 minit dan kukus atas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan boleh dihidangkan panas atau pun suam...Selamat mencuba


4 comments:

  1. salam kak maz..pakkal je jauh beratus batu, kalau dekat sah2 suruh tapaw barang seketul dua..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Maz,
    wahh.. cantik, gebu & putih melepak pau Maz ni..
    nampak menyelerakan..
    hai.. bilalah nak try nih..

    ReplyDelete
  3. salam maz...
    memang segebu nama tuan punya resipi tu...

    ReplyDelete
  4. kak Maz, gebunya pau tu, sy tak pandai nak mengepau.. selebihnya malas nak mencuba .. hehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...