Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, June 6, 2010

Crazy Chocolate Cake

Assalamualaikum...kek ni kita buat utk adik ipar kita nak bwa blik kampungnya hri jumaat lepas...buat utk mkn anak branak kat johor...xde deko apa2 cuma picit white cklat dan cklat masakan yg dicairkan je...adik ipar kita pun ckp nak yg biasa2 je...kbetulan angin tgh mlsss..hehe...rspi dari Aldura Myresipi...rspi ni kat Allrecipes pun ada...kat web masakan lain pun ada jgk..ada yg bgi nama eggless cklat kek dan sbgainye lah...kita xthu le rasa kek ni mcmana...sbb xamik pun...smua bgi pada adik ipar kita...klu amik nti cacat la plak kek tu kan..sumbing orang kata!! hehe...tpi teksture keknya memang lembut dan moist..kat allrecipe pun ramai yg dah cuba kek ni dan semuanya kata sedapppp..mksih Aldura..mtak izin nak letak rspi kat sni ye...senang dah dlm bhsa melayu..

gambar ni kita snap kek yg dah msuk dlm kotakkk...

Sumber Resipi : Aldura Myresipi
Bahan-bahan ( 18cmX18cm ) -
kita buat double, loyang 9 1/2 in
  • 1 cawan / 120 gram tepung gandum
  • 1 cawan / 180gram gula halus
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 susu kecil baking soda
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/3 cawan / 80ml minyak sayuran @ minyak masak - kita guna sunflower oil
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan air sejuk - kita ganti dengan susu cair

Cara-cara

1.Dalam mixing bowl, masukkan semua bahan yang kering (tepung, gula, koko, baking soda, baking powder, garam). Gaul sebati.
2.Pastu, masukkan semua kandungan cecair, (minyak, cuka, vanilla, air) dan gaul sebati.
3.Masukkan dalam loyang yang dah disapu mentega/minyak sedikit.
4.Bakar dalam oven pada 180C selama 30 min atau hingga tester bersih bila dicucuk keluar dari kek.
5.Boleh dihias dengan frosting kegemaran masing2.
6.NOTE: Saya guna measurement cup untuk resepi ni

1 comment:

  1. salam kak maz,
    apa khabar? nak ngendeng crazy choc cake ni. dr jauh nampak. tapi dah takde ya... huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...