Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, June 26, 2010

Ayam Goreng Bersos

ni pun lauk yg dah lama jgk...rspi main cmpak2 je..sptutnya ayam tu kita nk greng knyit je..tpi nti xde kuah plak...maka trjdi la ayam goreng bersos ni...tak kisah la ye..jani sodappp..kita memang suka ada daun limau purut dlm masakan..membangkitkan selera...


Sumber Resipi : Ilham Dapur
Bahan-bahan (resipi anggaran)
  • 3 ketoi ayam - dipotong saiz sederhana kecil - dilumur garam kunyit dan digoreng sehingga masak (tapi bukan garing je)
  • 1-2 sudu besar cili kering yang dikisar
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 helai daun limau purut
  • 1-2 sudu sos tiram
  • 1-2 sudu sos tomato
  • 1-2 sudu sos cili
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 3 batang jagung muda atau sayuran lain yang sesuai
  • 1 biji tomato - dibelah 4
  • 1 labu bawang besar - belah 6
  • 1 biji cili merah - dihiris nipis
  • sedikit daun bawang sebagai hiasan

Cara-cara

1. Tumbuk lumat bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kering, kacau sebati seketika.
2. Masukkan semua jenis sos dan daun limau purut. Masukkan sedikit air (dalam beberapa sudu saja). Masukkan bahan-bahan yang lain kecuali daun bawang. Balik-balikkan agar sebati.
3. Masukkan ayam yang telah digoreng terlebih dahulu tadi. Kacau sebati dan perasakan sesedap rasa. Masak seketika saja agar sos meresap dalam isi ayam. Padamkan api. Siappp

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...