Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, June 7, 2010

Ikan Masak Masam Manis

Assalamualaikum...brsua skli lgi dan pada yg tgh duk brsantai tu slmat beristirehat buat smua...ni lauk 2 hri lepas lgi..msk utk adik kita...klu nk harap anak2 kita mkn memang xjamah le...susah btul la anak2 kita ni...ikan2 memang xmau...smpai kita xthu nak beli apa dah..klu kfc tu jgn trkejut ye klu kita kata 4-5x smgu!! smpai xlalu dah nk tgk kepci tuh...yg geramnya bkn mkn btul2...stkat sktoi sorang je!! sbb tu kita jrang msk lauk2 ni..sbb anak2 xmkn nasi sngat..kita msk simple2 je cma letak nenas...tapi memang sedap ada rasa masam2 manis dri air nenas tu...

Sumber Resipi : Ilham Dapur
Bahan-bahan

  • 2 ekor ikan kembong saiz besar, gaul garam kunyit dan goreng dulu - kalau ikan siakap atau kerapu lagi sedap
  • 1/2 mangkuk nenas yang telah dipotong kecil
  • 1/2 biji kapsikum hijau / merah @ apa2 sayur yang sesuai - dipotong panjang
  • 1 labu bawang besar - dibelah 6
  • 1/2 batang lobak merah - dipotong panjang
  • 2-3 sudu besar sos tomato puri - kita guna ayam brand
  • 1 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1/2 cawan air yang dibancuh dengan 1 sudu kecil tepung jagung
  • sedikit gula dan serbuk pati ayam sebagai perasa
  • 3 sudu besar minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan tomato puri, sos tiram, sos cili dan kacau sekata. Kemudian masukkan pula nenas, bawang besar dan kapsikum. Balikkan agar sekata.

2. Masukkan air separuh je dulu, kacau sebati dan perasakan sesedap rasa. Kalau kuah terlalu kering baru tambahkan air lagi. Biar seketika dalam 1 minit. Padamkan api dan boleh lah dituang sos ni atas ikan yang telah siap digoreng. Tabur sedikit daun bawang jika suka. Siap...

1 comment:

  1. salam kak maz,
    sedapnya...saya suka macam ni, pastu ikan goreng garing2..
    saya numpang ikan masam manis ni... dah bawa nasi...hihihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...