Assalamualaikum w.b.t.
'SubhanAllah 33x, Alhamdulillah 33x, AllahuAkbar 33x, La ilaha illallahu, wahdahu la sharika lahu, lahul-mulku wa lahul-hamdu, wa huwa `ala kul'li shai’in qadir 1x', zikir selepas solat fardhu (Sabda Rasulullah saw : Barang siapa yang membacanya selepas solat fardu, akan dihapuskan dosanya walaupun sebanyak buih dilautan - Hadith Muslim), sama2 kita amalkan, semoga Allah SWT accept our good deeds, forgive our sins, our parents and bless us with His mercy, Ameen.
menu diet la kononnya ni, cuba kurangkan mknan bergoreng..tu yg masuk oven, snack anak time rajin..ala nuget jari tu, cuma yg bakar ni xde la rangup mcm yg goreng tu..yg paling kerap masuk oben maz baked kentang, kami memang suka mkn fries..jdi potong panjang2 kentang gaul dgn paprika skit, olive oil, garam pastu masuk oven..skjap je licin 1 try, Insyaa Allah jumpa lagi..mood pun xberapa rajin mana ni dan maaf atas segala silap..
BAKED CHICKEN FINGER by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
- 300g isi dada ayam
- 1 biji telur - kocok dengan garfu
- 1 sudu besar tepung jagung
- sedikit garam @ serbuk pati ayam
- serbuk roti secukupnya (bread crumbs)
1. Panaskan oven 170 C, sapu loyang dengan sedikit minyak zaitun atau guna cooking spray
2. Potong panjang isi ayam dalam 2 inci, satukan ayam dan semua bahan kecuali serbuk roti.
3. Celup dalam serbuk roti, susun dalam loyang dan masak selama 12-15 minit atau sedikit perang.
4. Boleh la hidang bersama sos dan salad jika suka.
kena kuat semangat jgk nk berdiet ni deh! biasa duk mkn ikut sedap je apa yg ada, sekali sekala bila kena berpantang mcm ni asik duk kira hari berapa lama lama lagi..
No comments:
Post a Comment