Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, March 15, 2016

Red Velvet Brownies

Assalamualaikum w.b.t
 'Allahumma inni as'aluka ‘ilman naafi'an, wa rizqan tayyiban, wa 'amalan mutaqabbalan' (Ya Allah aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanafaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima), Sunnah RAsulullah saw..sama2 kita amal baca 7x sebaik bagi salam selepas solat subuh, semoga Allah guid us to what's best and keep us steadfast on His straight path, Ameen. 
satu lagi kek yg lama sangat peram ni, mujur la lepas buat tu terus tulis resipi kat draft..klu tak memang sah ler xingat, saja cari kelainan dri bronis biasa..tu yg cuba buat versi red velvet ni, tpi bagi maz jujurnya sedap bronis coklat jgk la..red velvet ni bila mkn tu xde tarikan, rasa plan je..xmcm kita mkn bronis coklat, ni bagi pandangan maz la, mungkin org lain punya citarasa berlainan..ada yg suka kek jenis gini deh! tpi klu red velvet brownies yg ni sedapp, lama sangat dh jgk xbuat kek comel ni..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas segala yg tidak sempurna..

buat pun ciput je, saja nk berexpiremen dgn red velvet skli lgi..selalunya pun memang duk buat sikit je..bkn apa klu kek2 ni malas nk simpan lelama, bila buat sikit tu bleh hbis la dlm masa 1-2 hri..kat rumah ni yg mkn pun xramai dan anak2 pun bukan fanatik sangat dgn kek..

RED VELVET BROWNIES by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (loyang 7x7)
  • 1 cawan allpurpose flour
  • 1/4 sudu kecil baking powder
  • 1/4 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 cawan gula kastor
  • 1/2 sudu besar serbuk koko
  • 1/4 cawan almond hiris
  • 1 sudu kecil pewarna merah
  • 1/4 sudu kecil serbuk nescafe - bancuh dengan 1 sudu kecil air panas
  • 1 biji telur - kocok sikit dengan garfu
  • 60ml minyak sayur
  • 60ml susu segar
Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C, alas loyang dengan kertas baking.
2. Dalam mangkuk satukan semua bahan kering, kecuali almond, masukkan minyak sayur dan telur, kacau sikit dengan senduk kayu, kemudian masukkan susu segar dan bancuhan air kopi, sebatikan (pewarna tu boleh tambah jika kurang merah).
3. Masukkan almond, sebatikan, tuang dalam loyang, tabur sikit almond dan bakar selama 30-35 minit atau hingga masak, cucuk dengan lidi kalau kek tak letak kat lidi masak la tu.
4. Keluarkan dari loyang, sejukkan dulu baru potong.

klu nk mencari kelainan dri brownis coklat, buat la try versi red velvet ni plak..sesuai buat kunyah ptg2 bersama secawan kopi, atau minuman sejuk..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...