Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, March 20, 2016

Miang Kham Lagi @ Thai Leaf Wrapped Salad

Assalamualaikum w.b.t
 'Allahumma ajirni minan nar' (Ya Allah, pelihara aku dari api neraka), sama2 kita amal baca 7x selepas solat subuh sebaik saja bagi salam..semoga Allah Almighty terima all our doa and shower His mercy, Ameen.
bertemu skli lagi diawal pgi ahad, rsa free plak pagi ni..mungkin sbb xde kalut nk masak sangat bila kurangkan mkn skrang ni, masak sjenis utk alas perut je..pastu mlmnya mkn oat, kuat jgk la semangat diet kli ni..tpi ada jgk skli dua tu terbabas msak nasi bila xde idea nk masak..apa kbar semua, maz doakan semoga dipermudahkan urusan kita hari ni..nk masak pun semua dgn izinNya, tidak terkira nikmat Allah swt pada setiap hambaNya, SubhanAllah..sbnarnya xthu berapa kli dh buat buat sireh daun kadok ni, rsanya unik dan sedap bila dicampur semua bahan..ada rsa manis dri sosnya, lemak kacang dan kelapa goreng, asam limau..uumppp! xreti nk describe mcmana, org yg biasa mkn mesti akan jatuh cintan dgn apetizer unik thai ni..pas sehelai2 nk masuk mulut, mcm org korea mkn lettuce wrap tu..kat sini ada gambar cara nk mkn miang kham ni bgi yg mungkin pestime tgk, Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

utk buat sos manisnya kena guna thai palm sugar yg warna kuning cair tu, sni mcm2 la plak ada barang siam..kalah la tempat kita wpun duk sebelah negaranya, memang terkejut la memula dlu tgk ada jual daun kadok ni kat asian store..udg kering oren tu pun ada, bawang putih jeruk yg mkn dgn nasi kerabu ada jgk..

MIANG KHAM LAGI @ THAI LEAF WRAPPED SALAD by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
Sos Manis
  • 120g thai palm sugar (nisan putih thai)
  • 2 keping hirisan halia
  • 1 sudu kecil udang kering thai (seperti dalam gambar, yang warna oren)
  • 1/2 cawan air
  • sos ikan (nampla) secukup rasa
Bahan Lain 
  • daun kadok secukupnya
  • limau nipis
  • halia muda
  • cili padi merah/hijau
  • kacang tanah yang digoreng
  • bawang merah
  • udang kering thai
  • kelapa goreng - hiris halus kelapa dan goreng hingga perang tanpa minyak (bukan kelapa parut ye)
Cara

1. Tumbuk lumat halia dan udang kering.
2. Dalam periuk satukan semua bahan kecuali sos ikan, masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala hingga mendidih lama sikit.
3. Masukkan sos ikan secukup rasa, masak lagi biar mendidih atau renih biar lama sikit, padamkan api, sos akan menjadi pekat bila dah sejuk sikit (kalau sos pekat sangat nati boleh tambah air panas sikit), sos ni pekat mcm susu pekat gituw, kalau tak pekat tambah je sikit lagi nisan tu dan masak semula biar mendidih, rasanya memang manis sebab nak seimbang dengan rasa bahan lain).
4. Cara nak makan, ambil sehelai daun kadok, letak sikit setiap semua bahan, masukkan sos manis secukupnya, bungkus sikit dan masuk mulut, sedappp sangat.

kira mknan kesihatan jgk ni deh! ada asam limau, halia dan daun kadok tu pun ada khsiatnya..lama dh la jgk xbuat miang khamnya, dapur ni mcm biasa la..gambar yg dh berbln kena peram ni, daun kadok celur cicah dgn budu atau sambal belacan pun punya la sedapnya! maz bagi amaran, jgn buat la..bahaya! nti ketagih, mau mkn nasi bertambah2..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...