Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, March 27, 2016

French Almond Cake

Assalamualaikum w.b.t
 'Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nasi Yunus as ketika dlm perut ikan, sama2 kita amal baca dikala keresahan atau dlm masalah, semoga Allah SWT always protect us, our loved and keep us safe, Ameen
bertemu skli lgi, dlm rajin2 tu ada jgk malasnya..klu bleh nk update je 2x shri biar cepat hbis gambar lelama tu, tpi berat la plak rsa nk duk depan lappy ni..kek ni pun lama sangat dh kejadiannya, bln 10 thun lepas lgik! huhuu..tkpe la deh, sbgai rujukan wpun dh lama maz update jgk..mungkin ada yg nk cuba buat kek mudah ni, keknya xmuak mcm kek mentega biasa..semerbak aroma almond, bleh buat minum ptg atau sarapan..skli sekala tukar selera dri kek yg biasa duk buat, Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas segala kekurangan..

FRENCH ALMOND CAKE by http://ilhamdapur.blogspot.com
Resipi : happyhomebaking
Bahan-bahan (loyang bulat 10 inci) 
  • 110g mentega tanpa garam (unsalted) - suhu bilik 
  • 140g gula kastor 
  • 3 biji telur gred A
  • 90g ground almonds (almond powder)
  • 40g tepung naik sendiri
  • 1 sudu besar susu segar
  • 1 sudu kecil essen vanilla
  • 1/4 sudu kecil garam - maz tambah
Cara

1. Panaskan oven 187 C, alas loyang dengan kertas baking, kalau takde tepung naik sendiri, guna tepung gandum+1/2 sudu kecil baking powder.
2. Satukan mentega, gula dan telur, masukkan ground almond, tepung, susu dan vanilla, pukul hingga sebati dan berkrim.
3. Ratakan dalam loyang, tabur sedikit kepingan badam dan bakar selama 30-35 minit atau cucuk kek dengan lidi, kalau kek tak lekat kat lidi maknanya kek dah masak.
4. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.
5. Resipi asal suruh tutup loyang masa bakar untuk elak kek hangus atasnya, maz tak tutup pun, bakar gitu je, bergantung pada oven masing-masing dan resipi asal guna loyang 8 inci je.

wpun npak biasa je tapi sedap! dgn mositnya dan manis just nice, bleh buat kek ni sbb nk hbiskan stok ground almond yg lebih guna utk buat macaron..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...